Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 29 July 2010

[J]asa [B]onda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Secara tidak sengaja tetiba mp3 aku memutarkan lagu Jasa Bonda, sudah lama halwa telinga aku tidak disimbahi dengan irama lagu Jasa bonda...sudah lama minda aku tidak di basahi dengan senikatanya. Tetiba ingatan aku menerawang pada seraut wajah usang, rambut hitam yang kian ditumbuhi uban.....tingkah yang semakin pelahan, susuk yang kian dimamah zaman. Seraut wajah itu menerawang ditadbir minda, terus meresap ke dalam jiwa. Rintik-rintik hujan yang bertandang menguatkan lagi kerinduan.......
Emak......tidak pernah bersunggut tetang lelahnya dia meladeni karenah kami adik beradik, Emak tidak pernah mengeluh atas kepayahannya menjaga kami dari kecil hingga kami mengijak dewasa....walau kini kami berjaya, tidak pernah Emak mengungkit-bangkit segala. Emak tetap dengan rutin tanggungjawabnya....Dari saat awal mengandungkan kami hinggalah sanggup bertarung dengan nyawa sendiri, Demi melahirkan seorang bayi...iaitu kami,anak-anaknya yang Emak cintai. Namun, tiada segaris pun penyesalan dilembut wajahnya. Bukan sedikit manis yang perlu Emak pertaruhkan, Walau seribu satu kepayahan dihadapan, Semua dilakukan kerna kasih dan sayang, atas nama kecintaan.
Emak akan susah hati bila tengk kami anak-anaknya dalam kepayahan, tika kami bersedih Emak turut berkongsi kesedihan......Emak gembira bila tengok anak-anaknya berjaya. Emak tidak pernah lupa setiap makanan kegemaran anak-anaknya, apbila pulang ke desa masakan Emak sudah terhidang di meja....itulah Emak. Pergorbanan Emak untuk anak-anak terlalu mahal harganya maha benar, tiada termampu untuk aku bayar walau dgn segunung emas permata yg berharga di dunia.
Aku sering menyoal pada diri, bertanya pada hati......bagaimanakah hari-hari nanti tanpa Emak disisi. Tertib bicara, lembut nasihatnya......hanya pesanan menjadi pusaka. Walaupun kini aku punyai kerjaya gajinya beribu, namun nak bayar jasa Emak ternyata aku tak mampu......sungguh aku tak mampu........sungguh...
Dewasa ini semakin ramai antara kita yang meremehkan ibubapa, melupai pengorbanan malah menderhakai mereka. Bukan setakat anak-anak remaja, semakin parah apabila orang yang kita anggap dewasa yang telah beranak pinak dan berumahtangga juga berperangai Iblis durjana. 
Ada antara kita menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk pulang menjenguk orang tua. Seringkali kepentingan diri didahului, kesulitan ibubapa tidak kita peduli. Sedangkan ketika kita kecil ibubapa sanggup penuhi apa yang kita ingini, walau apa yang kita mahu sukar untuk mereka sediakan namu atas rasa kecintaan mereka cuba dapatkan.
Pernahkah kita terfikir.......kita sanggup bergayut dengan kekasih berjam lamanya, namun nak bertanya khabar ibu bapa walau seminit dua kita kedekut gila, kita berkira-kira. 
Tidak kita lupa tarikh lahir kekasih kita, yang peliknya kita tidak pernah hendak ambil tahu birthday ibu bapa kita apatah lagi nak mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' pada mereka. Kita tidak pernah sekali lupa bila hari valentine menjelma, tetapi tarikh anniversary mereka kita lupa. Bila dengar kekasih demam, kita kalut bagai nak gila.......Bila ibu bapa sakit, tanah dan harta dah terconggak di kepala. Dengan kekasih kita lembut sahaja bila bicara, dengan ibubapa sopan kita entah kemana.....sah-sah kita spesis anak durjana. Neraka la jawabnya.
Buat teman semua, Jika ibu bapa masih hidup, tunjukanlah mereka kasih sayang kita sepenuhnya kepada mereka, peluk dan ciumlah mereka, hormati dan taatilah mereka selagi tidak bercanggah dengan tuntutan agama. Sekiranya telah lama kita tidak berjumpa mereka, pulanglah kekampung jenguklah mereka sementara mereka masih ada.....jika ada kekusutan, leraikanlah....jika ada kekeruhan jernihkan ia kembali..... Bahagia dan gembirakanlah mereka tika mereka masih bernyawa. Untuk renungan bersama, Hari Ibu ialah hari Mother Church a.k.a Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut silakan. Siapa takut ROSAK AKIDAH jangan sambut. -Ustaz Azhar Idrus- Buat sahabat taulan, sambutan Hari Ibu mahupun Hari Bapa bukan pada tarikh2 tertentu saja. Bagi aku, setiap hari adalah hari untuk mereka. Setiap hari kita perlu meraikan mereka. Ikutlah syariat yang Islam telah gariskan buat kita.....InsyaAllah, kita dan mereka pasti kan bahagia.
Aku Memunajatkan Cinta buat Ayahanda dan Bonda;
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, kasihani mereka sepertimana mereka mengasihani kami, peliharalah mereka sepertimana mereka memelihara kami dari kami kecil sehinggalah kami dewasa. Anugerahilah ayahanda dan bonda kami kebahagian hidup di dunia mahupun diakhirat sana. Berikanlah mereka kesihatan yang baik agar mereka boleh menjalani ibadat kepadaMU dengan sempurna. Juga ku pohon padaMU ya Allah, tempatkanlah SyurgaMU buat mereka kelak.......Amin"
__________________________
Nota:
Bila bercakap dengan ibu bapa tatkala dibebani kesulitan dan kesukaran, walau berat macam mana sekali pun masalah yang melepak di kepala, kelak bagai air sungai jernih yang mengalir, segala bebanan yang dirasa seakan hilang begitu sahaja.
InsyaAllah, balik bercuti nanti nak buat kenduri doa selamat. Tanda terima kasih buat bonda dan ayahanda.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.