Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 12 April 2012

Tsunami | Bila Alam Turut Berbicara

- Gambar Satelit Gempa Bumi Aceh 2012






Semalam 11/04/2012 (Rabu). Bagaikan 'pesta informasi' warna-warni di blog2, twitter, facebook serta wadah2 yang sealiran dengannya mengisahkan tentang kejadian gempa bumi di Aceh sekuat 8.9 magnitud. Gempa bumi tersebut meletus pada jam 15:39 WIB (waktu tempatan). Gempa bumi tersebut diberitakan boleh mengundang kejadian Tsunami yang dahsyat. 

Aceh telah merasai dan mempunyai pengalaman dibadai tsunami lewat 26 Disember 2004. Kejadian berkenaan sesungguhnya telah meninggalkan trauma yang panjang kepada penduduk Aceh khususnya dan warga dunia keseluruhannya. Memang patut kejadian gempa bumi yang berlaku semalam mengundang rasa panik dan cemas semua orang.

Peringatan tsunami dikeluarkan oleh Pasific Tsunami Warning Center (PTWC) ke seluruh negara-negara di wilayah Samudera Hindia supaya menjauhi pesisir pantai, berjaga-jaga dan berwaspada bimbang berlakunya tsunami. 28 buah negara termasuk Malaysia dijangka akan di badai oleh tsunami jika benar2 ia berlaku. 

Aceh, Meulaboh, Sabang dan kawasan2 yang terjejas akibat gempa terputus bekalan elektrik dan talian komunikasi. Semalam pun, selepas gempa berlaku, talian untuk internet juga menjadi pelahan di negara-negara yang merasai gegarannya. Secara tiba-tiba dunia menjadi cemas  dan bacaan ayat-ayat suci Al-quran bergema. Doa juga tidak putus-putus di baca. Memohon Allah SWT melindungi mereka yang terlibat dengan gempa serta manusia semua.

Untuk menambah ilmu dan ketakwaan, apa kata u all baca sampai habis entri kali ini. Memang sedikit membosankan, tapi andai u all menemui 'sesuatu' darinya bermakna u all telah pun belajar sesuatu. Jom kita skodeng apa itu TSUNAMI?


*******************************

#Tsunami mengikut sudut pandangan Sains.


Perkataan 'tsunami' berasal dari bahasa Jepun, dan diterjemahkan sebagai 'gelombang pelabuhan'. Tsunami dulu juga disebut atau dikenali sebagai  'gelombang pasang'.

Tsunami terdiri dari serangkaian gelombang yang dikenal sebagai kereta gelombang, bukan gelombang tunggal. Bagi tsunami yang besar, gelombang ini datang secara tiba-tiba dan yang pertama tidak itu selalu yang terbesar.

Sebagian besar tsunami disebabkan oleh gempa bumi bawah laut. Gempa bumi berkekuatan 8.0 sebagai penyebab bencana Samoa, menurut US Geological Survey. Sebuah gempa bumi akan menyebabkan tsunami jika memiliki kekuatan yang cukup dan berada di kedalaman air yang sepatutnya.

Letusan gunung berapi, tanah runtuh besar, impak meteorit dan ledakan nukleur bawah laut juga dapat menyebabkan tsunami, seperti juga siklon tropis atau kondisi cuaca lainnya.


Ketika tsunami mencapai air cetek, gelombang mengecil dan menjadikan panjang gelombang semakin pendek, namun amplitude nya menjadi lebih tinggi. Gelombang kemudian melambat, walaupun demikian ia masih memiliki kepantasan sekitar 50 mph.



Apabila tsunami sudah hampir, sangatlah mustahil untuk mengelaknya. Dalam beberapa kes yang berlaku, peringatan alam dapat terlihat pada saat air di sepanjang pantai tiba-tiba surut, dalam sebuah fenomena yang disebut drawback. Ini terjadi ketika sebuah jurang tsunami mencapai tanah sebelum gelombang memuncak.



#Tsunami mengikut sudut pandangan Islam


- Gambar Hiasan
Ada ulama kata apabila manusia sudah tidak mahu mengikut perintah Allah SWT dengan cara Rasulullah SAW maka pertolongan Allah SWT tidak akan turun dan akan membiarkan alam mencari keseimbangan melalui berbagai bencana sehinggalah kiamat. Kedegilan manusia semakin nyata hanya kerana kuasa politik dan kuasa ekonomi. Manusia akhir zaman fikir kuasa politik boleh mengubah dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkannya. Kekufuran serta kemaksiatan terhadap Allah SWT juga semakin mengila dan bermaharajalela. Kalau berterusan dengan cara dan pemikiran yang salah maka tunggulah akibatnya kerana hanya Allah SWT yang boleh mengubah segalanya.
- Tsunami Jepun 2011
“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (17:68-69).

- Pusaran ombak tsunami Jepun 2011
“atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit.” (34:9) dan “Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”- (Al-Qiaamah: 6-9) serta “Apabila matahari DILINGKARI CAHAYANYA (dan hilang lenyap-terpadam). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak- (At-Takwiir: 1).

Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 164 yang ertinya “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan muatan yang bermanafaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan Nya bumi setelah mati kering, dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, semua itu sungguh, merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti‘.
- Tornado di Amerika Syarikat
“Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya” — Kaab bin Malik RA


*******************************

- Kemusnahan Aceh selepas tsunami 2004
Kedua-dua sudut pandang di atas adalah ilmu. Ilmu yang Allah beri kepada manusia untuk manusia jadikan ia sebagai pedoman untuk kehidupan yang dipinjamkan. Namun begitu, manusia tetap lupa, alpa dan leka dengan segala peringatan yang Allah SWT nyatakan di dalam Al-quran. Sesungguhnya bumi ini telah terlalu tua. Tangan-tangan manusia telah banyak membuat kerosakkan di atas muka bumi ini, sama ada kerosakkan fizikal terhadap struktur bumi mahupun kerosakkan akidah dimana segala larangan Allah SWT tidak diendah. Allah SWT langsung tidak di takuti. Maka itu, lalu Allah SWT menghantar sedikit amaran kepada hamba-hambanya melalui gempa bumi atau bencana alam yang lain agar manusia kembali mengingatiNYA.

Lihat sahaja sekarang, dunia terus mencari keseimbangan dengan berbagai bencana yang tidak dapat ditelah. Semuanya telah disebut dalam al-Quran 1400 tahun yang lalu, cuma kita manusia sahaja yang memejamkan  mata hati.
- Tanah Runtuh di Ulu Kelang
Semalam portal2 laman sesawang ada memberitakan bahawa hanya tsunami kecil berukuran 80 sentimeter telah di kesan di Meulaboh dan berukuran 6 sentimeter di Sabang. Tiada kemalangan jiwa dan harta benda yang teruk terjadi. Bermakna gempa bumi kali ini hanyalah acah-acah dari Allah SWT untuk melihat tahap kecaknaan kita sebagai hambaNYA dalam mengingati DIA. 

Akhirnya, tepat jam 19:45 (waktu tempatan) amaran tsunami di tarik balik. Amaran Tsunami dah ditarik balik, namun amaran Allah SWT tidak pernah ditarik balik. Ada dalam Al-Quran macam biasa. Itu harus kita ingat sampai bila-bila.

Kekadang semasa duk layan blues sesorang ada juga aku terfikir. Mungkin bencana jadi.... sebab Allah SWT rindu suara hamba-hambaNya berdoa. Bila senang, hanya segelintir saja yang terus berdoa. Yang selebihnya, lupa. [walaupun aku naif dalam bab2 agama, aku harap aku tidak tergolong dalam golongan yang kedua itu....amin]

- Banjir Thailand 2011
Jelas sekali.....bila Allah SWT sudah bersuara, alam turut akan berbicara.

Sumber:
http://ptwc.weather.gov/
http://denaihati.com/gempa-bumi-aceh-sekuat-8-7-magnitude
http://ha-na-ni.blogspot.com/2011/03/apa-itu-tsunami.html

2 comments:

  1. kelmarin rse x gegaran uh pakcik???

    #kt ipda nie terasa..siswi je xtrase..

    ReplyDelete
  2. JB jauh la dik non....x rasa pun. taw pun ms tgh layan blog smbil dgr suria.fm, dj LO yg war2 kn...itu yg trus try usya2 kat website PTWC n kompas online.
    1 ipda leh rase gegaran, dik non x rase plak....dik non tdo mati ke apa??

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.