Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 7 April 2012

Aaron Aziz Dedah Kad Pengenalan Di Suria.FM


Kad Pengenalan Palsu Aaron Aziz


Beberapa hari yang lalu, kecoh sebentar dunia hiburan apabila satu gambar yang dikatakan kad pengenalan Singapura milik Aaron Aziz disebarkan , pertama kalinya oleh laman hiburan ROTIKAYA . Ramai yang mengecam pendedahan rotikaya dan menganggap artikel tersebut berniat untuk memalukan Aaron Aziz.


Nama Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa telah mengundang kontroversi senyuman sinis apabila nama ini dikatakan nama sebenar pelakon Aaron Aziz.Walaupun isu ini agak remeh tetapi ianya telah memberi impak yang mendalam kepada empunya body.


Mana tidaknya, kad pengenalan tersebut telah tersebar meluas di internet sehingga memaksa pihak yang empunya body menafikannya. Bagi membuktikannya lagi, Aaron Aziz tampil dengan menunjukkan Kad pengenalan tulen beliau semasa ditemu ramah oleh Suria.FM. Pendedahan esklusif ini jelas menunjukkan nama sebenar Aaron Aziz ialah Aaron Mustapha Bin Aziz.
Kad Pengenalan Tulen Aaron Aziz
Meskipun begitu, perkara ini sedikit sebanyak telah menceriakan lagi persada seni hiburan tanahair dan ini juga membuktikan bahawa Aaron Aziz mempunyai ramai peminat di Malaysia. Jika benar sekali pun nama Aaron ialah Mat Haron apa salanya kan? Tak menjadi satu masalah besar sangat pun rasanya. Dah nama pun artis, jadi kena la ada nama komersial. Artis-artis lain yang bersepah kat bumi Malaysia ni nama asalnya bukan sesedap nama komersial mereka pun. Mungkin laman blog hiburan tersebut sengaja nak mensensasikan sesuatu untuk menarik pengunjung membaca artikel. 


Menulis artikel ni kena jaga juga sensitiviti orang lain dan masyarakat. Banyak perkara perlu diambil perhatian supaya tak menjadi fitnah. Bila dah jadi satu fitnah susah. Sebab ramai yang akan percaya dan penulis yang terpaksa menanggung dosa fitnah tersebut.


Kini, bila sudah tahu kad pengenalan Si Aaron Aziz yang sebenar orang ramai sibuk pula duk complain  pasal kuku dia. Sehingga Aaron Aziz terpaksa jawab kuku tersebut 'kuku jantan' di ruang twitter beliau.


Nota:
Aduiiiyaaaaaaaa......ini dunia macam-macam ada. Silap2 boleh semak kepala memikir akannya.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.