Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 30 April 2012

Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

Tarikh semakan penggilan temuduga maktab perguruan KPLSPM 2012 boleh dibuat mulai 30 April 2012. Kepada calon SPM yang telah membuat permohonan KPLSPM 2012, anda boleh membuat semakan panggilan temuduga di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia


Perhatian: Aplikasi semakan sudah dibuka. Sila semak keputusan di APLIKASI SEMAKAN KPLSPM 2012


Semakan keputusan Temuduga Dan Ujian Insak : 7 – 18 Mei 2012. 


Keputusan Permohonan KPLSPM 2012 : 5 Jun 2012


Pendaftaran Pelajar Baru:  18 Jun 2012

Saturday 28 April 2012

SEMUT | LABAH-LABAH | LEBAH

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ini dihambat sedikit kepenatan lantas membuatkan otak serta jemari aku menjadi ke-tak-larat-an. Dari siang sampai ke malam baru sekarang aku berkesempatan untuk berdansa kata di blog yang aku kira maha sedap ini (ayat perasan tak boleh blah). Hari ini tiada apa2 yang super best perlu aku catat dan kongsi bersama khalayak. 

Namun hari ini aku sudah punya SEBUAH CERITA BESAR untuk aku persembahkan buat anak cucu aku kelak. Moga mereka memahami dan mengerti bahawa aku turut dalam perjuangan hari ini, bukan untuk diri aku sendiri TETAPI untuk masa depan mereka yang pasti. 

Aku rasa tidak perlu aku ulas peristiwa maha hebat dan besar yang berlaku hari ini kerana seantero dunia telah hadam akan kisahnya. Terpulang pada khalayak untuk memperkata akannya kerana mereka tiada disana, mereka tidak merasai manisnya sebuah perjuangan, dan mereka selayaknya untuk terus menipu diri sendiri. 

BERSIH 3.0 berjalan atas suara rakyat untuk menyuarakan sesuatu dan bukan atas desakan Ambiga atau mana-mana pihak. Sama seperti organizer buat majlis dan kita pergi tanpa apa2 desakan. Kalaulah semua pihak beri kerjasama untuk buat kat dataran merdeka sama macam kerjasama semua pihak nak buat maksiat malam tahun baru/hari merdeka kat dataran merdeka tu, benda ni tak akan jadi seperti mana yang telah terjadi hari ini...Kalaulah kerajaan sekarang tak takut, berilah kerjasama. Siarkan ceramah perhimpunan tersebut dalam TV macam penyiaran drama/konsert or ape2 yang tak berfaedah yang lain tu...Kenapa untuk program maksiat dekat dataran sewenangnya kita berdiam diri serta merestui. Akan tetapi, bila tiba untuk sesuatu yang bermakna untuk negara, untuk semua.....kita butakan mata, kita pekakkan telinga......kita sundalkan minda. 


Kita adalah rakyat. Pemegang saham terbesar dalam sesebuah negara. Kita ada hak sebab kita yang bagi duit kat negara. Negara kita kaya pun sebab titik peluh kita. Orang yang memihak kepada BERSIH 3.0 bukanlah insan sempurna, tapi mereka adalah orang celik yang nampak penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan sekarang...Yes, kalau aku pentingkan diri aku boleh diam, aku boleh buat tak tahu macam orang lain buat dan enjoy ngan life yang ada tapi sebab aku dan mereka sayangkan negara, sayangkan masa depan negara, dan takut bahawa suatu hari nanti akan disoal di padang mahsyar, kenapa aku dan mereka membiarkan pemerintah berbuat zalim? sedangkan aku dan mereka nampak serta ada kuasa untuk mengubahnya....Sebab sayangkan negaralah ada yang terkorban hari ini.

Tetapi, mereka2 yang tiada di sana tetap juga ingin bersuara.....melontarkan bicara, mengata dan sebagainya. Sebenarnya orang kita takut terhadap benda mereka sendiri tidak faham....Tidak penah cuba untuk memahami....Tapi, terus membuat andaian. Analoginya begini, Dalam sebuah keluarga, jika seorang perempuan itu mempunyai suami....dan suami beliau nampak seperti marah...Tapi beliau tak tahu apa yg nak diamarahkan oleh si suami. Adakah beliau akan diam sahaja....atau cuba untuk nak cari apakah yg membuatkan si suami beliau marah?....kalau beliau ada akal beliau cuba memahami atau bertanya apakah punca suami beliau marah....kalau beliau cetek akal...beliau akan buat andaian negatif. Begitulah orang kita, tidak merasai dan tidak cuba untuk memahami tapi ingin juga berbicara. Bila mengenangkan puak2 sebegini aku teringat pada kisah " Semut, Labah-Labah dan Lebah" 

3 binatang kecil ini telah dikisahkan oleh Allh SWT dalam tiga surah di dalam Al-Qur'an. An Naml [semut], Al 'Ankabuut [labah-labah], dan An Nahl [lebah]. 

"SEMUT", menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun2 lamanya.  Pada hal usianya tidak lebih dari setahun. KETAMAKANnya sedemikian besar sehingga ia berusaha dan seringkali berhasil memikul sesuatu yg lebih besar dari tubuhnya. 

"LABAH-LABAH". Sarangnya adalah tempat yg paling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], ia bukan tempat yg baik dan bagus, apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Sehinggakan laba-labah betina akan memusnahkan hidup labah-labah jantan semata-mata untuk survival hidup sendiri. Telur-telurnya yang menetas saling melawan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang. Hidup hanya memikiri kepentingan diri sendiri.

"LEBAH", memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon2 sebagai tempat tinggal" [An Nahl;16:68]. 

Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga. Dalam diri lebah tiada ketamakkan, dalam diri lebah tiada keakuan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi manusia. Lebah sangat disiplin, mengenal pembahagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat. 

Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis serangga ciptaan Allah SWT ini. 

Ada yang berbudaya 'SEMUT'. Sering menghimpun dan mengumpul harta, hebat ilmu di dadanya. Belajar ilmu agama tapi tidak memanfaatkannya. Namun melaungkan kepada semua bahawa dialah yang paling mulia. Kemungkaran di depan mata pun hanya mampu berdiam sahaja.

Entah berapa banyak juga title 'LABAH-LABAH' yang ada di sekeliling kita. Yg hanya berfikir:  "Siapa yang dapat dijadikan mangsa" 

Nabi Shalalahu 'Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai  'LEBAH'

Sesuatu yang tidak merosakkan dan tidak menyakitkan: "Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan rela madunya diambil dan dikongsi dengan semua walau hakikatnya dia yang usahakan madu itu dari awal hingga akhir" 

Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah! 

Selamat malam untuk semua. Assalamualaikum

#tidak salah berbeda pendapat/dokongan tapi lihatlah perkara POKOKnya sebelum kita terlajak berbicara.

Friday 27 April 2012

Intipati Khutbah Jumaat | Peranan Pekerja

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah tadi berkesempatan menunaikan solat jumaat di masjid Felca Bandar Sri Bandi, Kemaman, Terengganu.

Bicara khutbah hari ini menyentuh perihal tentang 1 Mei yang bakal di sambut oleh seluruh hamba Allah SWT di  planet bumi ini. Tadi khatib ada menyentuh bahawa sambutan Hari Buruh dikebanyakkan negara diraikan tidak berteraskan syariat Islam yang sebenar terutamanya di negara2 barat. Mereka ini menyambutnya dengan demotrasi a.k.a tunjuk perasaan terhadap majikan atau kerajaan yang dirasakan mereka menindas hak2 mereka sebagai golongan pekerja. Sebaliknya fenomena itu tidak berlaku di Malaysia kerana kerajaan yang ada menghargai mereka dengan sewajarnya......(hmmm.....bagi aku tidak semuanya).

Tetapi apa yang aku nak kongsikan di sini adalah berkenaan peranan kita sebagai pekerja. Tadi khatib ada mengingatkan kepada semua makmun bahawa sebagai pekerja yang baik dan cemerlang mengikut syariat Islam apa yang boleh kita amalkan ialah;
  1. Harus melakukan kerja dengan niat kerana Allah SWT
  2. Harus menetapi waktu bekerja 
  3. Bertanggungjawab serta amanah terhadap kerja yang diberi
  4. Tidak menggunakan kemudahan syarikat/majikan untuk kepentingan peribadi
  5. Tidak melakukan kerja2 lain ketika melakukan urusan kerja yang sepatutnya. Salah satu contohnya, bermain facebook semasa waktu bekerja adalah salah dari segi moral dan hukum syariat.
  6. Tidak menjatuhkan rakan sekerja demi mengejar kedudukan/kepentingan diri sendiri
  7. Tidak melakukan adu domba serta mengampu pihak atasan
  8. Tidak mengamalkan rasuah
Jadi, kepada semua rerakan selamat menjadi pekerja mengikut syariat Islami. Semoga kita mendapat rahmat dan berkat dari DIA hendaknya. InsyaAllah...Amin. 


Jauh lagi perjalanan aku hari ini.

Gadis Kecil Itu | Sebuah Harapan

Waktu akhir zaman nanti ada 3 golongan.

1. Golongan yg melihat Islam bangun tanpa melakukan apa2
2. Golongan yg menghalang Islam bangun
3. Golongan yg membantu Islam bangun

Pilihlah nak duduk dlm golongan yg mana....wallahualam 

Nota: 
Mungkin adik ini tgh merenung masa hadapannya...mungkinkah dia mengharap sebuah 'Malaysia Baru'.

- Gadis Kecil Di Jeti Nelayan

Tuesday 24 April 2012

Perniagaan Satu Ibadah | Hostel Raudhah


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ramai dikalangan kengkawan yang duk berbahas pasal gaji baru yang bakal masuk dalam akaun lagi dua hari. Macam2 komentar yang dibalingkan kat wall pesbuk, twitter, tagged, blog serta laman sesawang yang sewaktu dengannya....kecoh...hangat...hangit.....mereka berdiskusi. Pendek kata, isu gaji ni berada pada carta paling top buat masa ni. Ada yang berdiskusi hot bagai.....tak kurang juga yang suam2 kuku. 

Aku pun turut teruja sama.....hihihi....Biasa la kan, dah keje mesti la nak gaji. Mana ada orang kerja free2. Nak masuk toilet pun pakai money...No money apa pun tak menjadi.....betul tak apa aku kata ni?? Baru sekejap duk skodeng slip gaji sendiri kat laman sesawang e-gaji. Usya tengok angka yang melepak kat situ.  Tak dapat tunggakan juta2 cukup la dapat ribu2. Hmmmmm....ok la tu kot dengan apa yang aku dapat, bersyukur apa adanya. Tapi ramai juga yang macam tak puas hati dengan apa yang diperolehi. Tersalah congak barangkali. Tak apa lah kawan, dah itu je rezeki terimalah dengan redha hati. 

Aku sebetulnya tak tahu nak conteng apa untuk santapan minda siaran kali ini. Mata dah kelat, Otak dah ketat. Tapi, demi kengkawan nak juga la aku berkongsi apa yang aku ada, apa yang aku punya. Hidup di zaman sekarang kadang2 buat kita tak pernah berdada lapang. Tak pandai mengambil peluang kita akan ketinggalan. Apa kata kawan2 libat kan diri dalam perniagaan. Tak kisah la berniaga apa barang, janji halal dan tidak  haram. Bukankah rezeki dari berniaga tu 9/10, bukan aku yang cakap tapi semua tu ada dalam Al-quran. Nabi Muhammad SAW pun ahli perniagaan. Cuma kita sahaja tak mahu buat jadi ikutan. Lebih suka kerja makan gaji dari menghadapi risiko rugi. Kawan, mana ada berniaga tak rugi. Cuba belajar dari orang Cina berniaga, Walaupun kedai tak laku mana tapi mereka tak akan closes perniagaan macam tu sahaja. Mereka ada target dan juga matlamat, tak macam bangsa Melayu kita.....asal tak maju sikit mula la berputus asa. Sikap phD orang kita juga menebal dalam kepala, sebab tu orang kalau berniaga kebanyakkannya tak sampai ke mana.

Nak berniaga ni tak semestinya perlu modal berjuta. Cuba tanya abang2 yang jual air kat pasar malam atau tepi jalan, berapa modal mereka. Tapi untung mereka berlipat kali ganda. Nak berniaga ni jujur dan ikhlas perlu ada. Jujur dan ikhlas bukan dalam bercinta semata, dalam berniaga pun sama. Nak pula kita ni Melayu  yang Islam, jadi kena la ikut hukum2 agama dalam berniaga. Itu salah satu sebab kalau nak berjaya dalam berniaga. Jujur dengan diri, jujur dengan pelanggan. Ikhlas dengan diri, ikhlas dengan pelanggan. Barulah perniagaan mendapat berkat dari Tuhan sekalian alam.

Lokasi perniagaan juga memainkan peranan. Kena pandai memilih barulah hati tak berkalih walau dugaan-cabaran datang bersilih. 

Malas la aku nak merapu, meraban....meroyan pepanjang. Aku tahu u all pun dah tau teori2 tentang perniagaan. Cuma kat sini aku nak kongsi dengan u all semua tentang pengalaman aku. Kalau u all nak tahu lebih lanjut boleh jer bertanya. Bukan aku kenakan cas perkhidmatan pun. Kita kan kawan, kenapa perlu aku ambil kesempatan. Orang lama2 selalu berpesan, "Malu bertanya sesat jalan" (dh taw sesat jalan tak pandai2 ke nak balik ke pangkal jalan??...hihihi..).

- Hostel Raudhah lama-Dalam proses pengubahsuaian
HOSTEL RAUDHAH (ada kawan2 yg dah taw pasal Hostel Raudhah ni...tapi tak kisah la kan korang kena baca lagi tentang ini.....u ar my freinds kan.....hihihi....) Bizz ni sebelumnya aku buat suka2....tapi tak tau pula boleh bagi aku site income yg boleh dikatakan lumayan la juga. Tak ada la sampai boleh jadi millionair tapi orang kata boleh la buat beli susu dengan gula. Idea ni aku dapat masa aku pergi hantar adik aku futher study kat Kolej Komuniti Putra, Segamat. Masa hantar dia kat hostel penginapan aku dapat idea ni, masa ni aku baru je beli rumah dan tak tahu nak buat apa dengan rumah aku tu. Nak duduk aku pula merantau kat JB. Dari biar rumah tu kosong baik aku sewakan. Tapi, kalau bagi sewa family atau orang perseorangan tentu sahaja harga dia rendah dan murah. Kalau aku buat hostel dan quest house lagi masyuk. Masa tu la otak aku memecut buat kira wang negara....hahaha....Time tu aku tengok hostel adik aku punya la meriah (dah macam ikan sardin pula aku tengok tempat diorang tinggal).  Satu level di tempatkan 10 katil double decker, bermakna muat 20 penghuni. Satu kepala kena bayar RM650. Cuba korang darab dengan 20 kepala, berapa angka keluar. Itu untuk satu semester sahaja. Bermakna, kalau tolak bayaran hutang bank pun fulus untuk duit kopi masih lebat lagi dalam poket. Duit bayaran ansurans bank dah settle, dapat lagi duit kopi untuk buat belanja bulan2. Tak ke sedap hidup. Tapi macam aku bagitau tadi la, lokasi kena la cun.

-  Hostel Rauhdah berwajah baru
Alhamdulillah la, coz rumah yang aku dah beli tu terletak beberapa kangkang dinasour sahaja dari pusat pengajian tinggi Politeknik KB. (nak buat hostel penginapan kena la dekat dengan student baru tak pening kepala nanti). Selain dekat dengan pusat pengajian diorang, aku juga bagi service baik punya. Pendek kata, kalau ada masalah je berkaitan dengan hostel tu sepantas gaban ia akan disettlekan. Walaupun aku beribu batu nautika jauhnya tapi aku tak risau sebab aku dah 'sediakan payung sebelum hujan' (nak taw macamana korang kena la bertanya....kihkihkih....). Selain service aku yang konon2 best, aku juga menyediakan kemudahan2 yang cun untuk penghuni2 Hostel Raudhah agar mereka dapat keselesaan, sesuai la dengan motto aku "KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI". Harga yuran penginapan juga berpatutan, mereka student jadi kena la bertimbang rasa (aku dulu student juga...jadi aku taw pahit, kelat, masin, manis hidup sebagai siswa ni). Dalam perniagaan ni perlu ada strategi, nak pula kalau ada persaingan. Biar harga rendah dan murah, yang penting pelanggan sentiasa ada dan tak putus, biar mereka setia dengan kita. Itu yang aku amalkan. Alhamdulillah, dah masuk tahun ke-3 sekarang ni. Tidak pernah ada masalah dari segi ketiadaan penghuni. Kekadang tu aku pula mengalami 'Dizziness Flies' coz banyak yang nak masuk sedangkan tempat adalah terhad.

Jadi, bagi aku, peluang itu kat mana2 sentiasa ada. Cuma tinggal bagai mana kita merebut peluang yang dah tersedia. Macam aku cakap awal2 tadi la. Hidup zaman sekarang ni, peluang tidak pernah memberi kita ruang untuk berdada lapang. Siapa lambat merebut peluang dia kan ketinggalan.

Antara kemudahan2 yang tersedia di HOSTEL RAUDHAH.

- Ampaian. Penting untuk menjemur apa2 yg patut dan apa2 yg tak patut...hihihi
- Televisyen untuk berhibur setelah ketat otak mengadap buku2 dan nota2
- Papan pengosok supaya pergi kelas tak ada yang pakai baju kedut2
- Meja jepun. Boleh dijadikan meja study atau meja untuk letak laptop...buat meja makan pun boleh....kihkihkih 
- Katil dan tilam untuk rehatkan badan dan otak...tempat beradu
- Sudut pandang bilik yang lain
- Kawasan dapur untuk aktiviti masak memasak. kebiasaannya maggi yg selalu dijadikan mangsa. betul tak?

Ni semua gambar2 sebelum HR start beroperasi. Sekarang ni dah banyak perubahan dan kemudahan ayng telah aku sediakan. Aku ingat buka untuk semester akan datang aku nak masuk kan wifi pula.

Ok la kot untuk kali ini. Lain kali aku share lagi. Kalau u all ada pertanyaan or ada idea nak kongsi bersama boleh la komen atau emel kat aku. InsyaAllah, aku akan balas. Tak cepat, lambat sikit aku balas. Al-maklum, banyak komitmen la katakan (konon2 busy punya orang...ahaks3....kuikuikui...)

Selamat malam dan selamat beramal....Assalamualaikum.
_________________________
Anda mungkin juga berminat:


HOSTEL RAUHDAH | Penginapan Pelajar

Monday 23 April 2012

Tribunal+Industri vs Seorang Lelaki

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....apa yang aku tunggu2 sepanjang dua minggu lalu akhirnya aku terima kehadirannya hari ini. Walaupun aku dah tahu resultnya namun aku buat2 juga ghairah. Dengan rakus aku menodainya. Aku buka satu persatu. Aku tak peduli dah. Sampai terkoyak sana, terkoyak sini dikerjakan aku. Biarlah.....walaupun stim padanya dah kendur, tapi ghariah tetap tidak pernah berundur. Aku nak tahu apa yang akan berlaku pada cerita yang lalu, aku nak tahu bagaimana pengakhiran kisah itu.....adakah jodoh itu masih lagi panjang, atau kami terpaksa dipisahkan. 

Akhirnya.........helaian kertas berwarna putih berkepalakan Tribunal Tuntutan Pengguna menyapu pandangan aku. Aku baca satu persatu ayat yang diprint pada kertas putih itu. Sesungguhnya,  terlalu payah lagi mahal untuk mengenggam secebis KEADILAN di bumi Malaysia tercinta ini. Aku nekad, aku terpaksa melepas 'dia' pergi. Aku dah penat dan lelah  mencari keadilan untuk 'dia'. Aku dah sakit untuk menanggung derita jiwa ini andai terus bersamanya lagi.

Semakan pemfailan semula kes antara aku dengan UMW Toyota di tribunal tidak dapat diteruskan. Jikalau aku berkehendak juga teruskan kes ini aku perlu mengemukakannya ke mahkamah tinggi untuk semakan semula atau terus fail kan kes ke mahkamah seksyen Kuantan (aku hanya punya masa setahun lebih dari sekarang untuk bertindak). Hanya dua pilihan itu sahaja yang aku ada kini. Andai aku teruskan juga bermakna banyak masa dan wang ringgit yang akan terbang melayang. Sebab tu aku kata, bukan murah harga sebuah keadilan. Bila aku renungi apa yang telah aku lalui, dengan kepayahan yang bukan sedikit ini.....aku sedari bahawa untuk pengguna kecil seperti aku ini sampai bila2 pun tak akan menang ke atas industri.

Mungkin sesetengah khalayak akan mempertikaikan statment aku tadi. Mereka akan mengatakan "Bukankah telah banyak mereka2 yang berjaya dalam tuntutannya". Aku akui tentang itu. Namun, apa yang aku lihat dan alami sepanjang prosiding, ternyata ianya banyak memihak kepada industri. Industri yang akan menentukan apa yang perlu kita terima tanpa banyak bicara, walau hakikatnya industri ada 1001 cara untuk mengenakan kita sebagai pengguna semula. Aku teringat kata2 seorang pegawai di Biro Bantuan Peguam bila aku mengajukan kesulitan aku padanya, "Sampai bila2 pun tak akan menang melawan industri. Akta ini ditubuhkan hanya untuk pengguna dilindungi bukan untuk industri membayar ganti rugi. Kalau kita pakat salahkan industri dan mereka perlu dihukum membayar ganti rugi setiap apa yang kita tak puas hati bermakna tiadalah ekonomi. Maka hancurlah negara nanti". Tetapi.....lain pula yang aku fikir, sekiranya terus menerima apa yang industri tawarkan sebagai penamat ketidakpuasan hati di meja tribunal tidakkah nanti industri boleh mengambil kesempatan. Tengok sahaja dalam kes aku ni, bukan sehari dua kisahnya baru bermula......tapi makan bertahun lamanya (ketat jiwa). Masalah tetap sama.....So, mana akhirannya? Jadi atas dasar itulah makanya aku bawa kes ini ke tribunal. 

Semasa prosiding pertama dulu aku naif, bingung dan keliru (campur dengan kegeraman aku terhadap industi yang semacam memperkotak katikkan aku yang telah tersedia katik ni ha). Mungkin persediaan aku tentang hal ehwal perundangan ketika itu juga kurang (sekarang pun pengetahuan aku tentang undang2 bukan banyak mana pun, aku bukan seorang peguam.....aku hanya seorang pengguna kecil yang naif yang mencari keadiln untuk diri sendiri). Kalaulah dipangkal nama aku tuh ada perkataan DATUK, DATO' SRI, TAN SRI, TUN, YANG TERAMAT MULIA bla...bla..bla.....tentu sahaja nasib dan kes aku ini akan best, paling tidak pun tahap marbeles. Tapi, inilah yang dikatakan kehidupan bukan?

- Bukan gambar sebenar (~__^)
InsyaAllah, nanti aku link kan tuntutan aku terhadap pihak UMW Toyota yang aku failkan kat Tribunal Tuntutan Pengguna. Cuma apa yang bertuahnya aku ialah semasa Black Warrior aku tu sakit tenat dan perlu berulang alik mendapatkan rawatan tidak pernah sekali aku di cas. Cuma masa, tenaga serta duit minyak je la yang berabis. Kalau workshop lain (pirates) aku ingat memang lunyai aku dikerjakan mereka. 

Aku tengah berkira-kira sama ada hendak menyeluk perkasam sampai ke ketiak masam atau tarik handbreak berhenti di pinggir jalan (kalau berhenti tengah jalan mampus aku kena langgar pula kan), duduk layan blues sambil menghayati sisa2 hidup yang masih ada (bukan kecik anak keputusan yang perlu aku set up ni..aduiiiiyaaaaaaaaaaaa).

Apa mungkin ini tanda2 Black Warrior aku tu kelak akan bertukar menjadi Toyota Wish atau Honda Civic??? ( dalam kepala tengah + - x / )

- Gila seksi mende alah ni
- Kecur je ayaq liuq aku ni tengok dia

Sunday 22 April 2012

Tingkatkan Prestasi, Elakkan Kontroversi

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Petang yang best. Hari ni abiskan masa bersantai kat rumah je sambil tengok tv, tv tengok aku. Malas rasanya nak kuar merewang di hari sunday yang mega mendung ni. Kuar sesorang bukannya best pun. Rasa macam cekinot je sat agi.  Lagi pun fulus dah semakin berhabuk. Nak harapkan fulus mengajar tuisyen sampai la tak dapat2 lagi. Ntah kat mana la sangkutnya dia. Nak pi korek dalam bank pun banyak yang orang punya berbanding yang aku sendiri...apa punya nasib daaaa (sambil meletakkan tangan kat dahi).....Jadinya, terpaksa la tunggu 25hb gak, pastu nantinya baru la leh enjoy tak hingat dunia....hihihi!! (gelak jahat tergedik)

Kat pesbuk sibuk kengkwn dok discusion tentang kenaikan gaji yang PM umum tempohari. Macam2 dah di congak dalam kepala diorang. Ada yang nak angkat notebook, hp baru, tablet android, ipad, ada juga yg berkira2 nak menukar kereta.....jangan ada yang bercita-cita murni nak tukar suami/isteri sudah la yer....Nak tambah yang lain tak ada masalah....kihkihkih!! Yang hidup sesorang kalau nak jadikan hidup berdua pun dah boleh dah kot (sampai bila mau pakai slogan "saya masih boleh dan mampu tidur seorang"...kuikuikui) Orang lain dah boleh tengok diorang punya angka yang duk melepak kat slip gaji masing2, tapi kenapa aku sampai ke hari ahad mega mendung ni masih belum mampu untuk melihatnya??? Aaahhhh!!! Diskriminasi betol la macam ni....(sambil mengunyah2 apple...apple dimangsakan akibat kegeraman aku).

Kerja banyak lagi tak beres. Ketat je tang kepala ni. Soklan pekse budak2 tak siap setup lagi, yang dah siap just untuk tahun tiga je. Tahun empat ngan tahun lima langsung tak terusik. Semalam ingat nak settlekan, tapi sibuk key in data LINUS. Aku tengok ramai gak cikgu-cikgi yang bersengkang mata mengadap SAPS dengan ADPM...Orang yang tak faham kerja sebagai pendidik je yang kecoh2 kata kerja cikgu-cikgi ni senang...Macam2 yang tak di kata. Cikgu masuk kerja jam tujuh pagi, jam satu tengahari boleh balik. Ntah sapa la pandai2 buat kronologi gerak kerja cikgu macam tu. Memang la budak2 akan balik jam satu , tapi....cikgu TIDAK. Kadang2 kena mengajar kelas tambahan, pergi mesyuarat, bawa budak sukan dan kadang2 stay back sebab nak semak buku kerja/latihan budak2, siapkan kerja2 dokumentasi, pengkeranian dan sebagainya. Selalu gak terpaksa bawa balik buku2 untuk disemak kat rumah sebab mengejar masa. Bagi aku, kerja cikgu ni 20 jam sehari (choi je...dah la tak ada OT). Kalau tak percaya sila2 la singgah kat website SAPS dengan ADPM serta yang sewaktu dengannya. Kul empat lima pagi pun ada lagi cikgu-cikgi yang duk mengkey in data. Aku semalam pun tak sedar kul berapa pagi ntah baru dapat aku lepakkan kepala ngan badan kat tilam-bantal. Penat otak sangat2. Tapi, yang suka mengata macam2 tu aku tak salahkan mereka sebab mereka tak ada dalam bidang ini....jadi mereka tak tahu  keadaan sebenarnya....Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa.  Pendidikan zaman aku jadi murid dengan zaman aku jadi cikgu ni banyak beza dia, umpama Si Pengemis dengan kereta Ferrari (haaa ko, kan dah dapat cipta satu peribahasa baru....hahaha!!)

Ni pun aku tengah break sekejap. Layan nescafe sama nugget.....longgarkan serembrum yang tengah keketatan dan relaks2 kan batang tubuh yang ketaklaratan. Tak apa, aku kayuh pelan2, InsyaAllah....nanti2 sampai la ke destinasi. Jap lagi nak sambung masuk trek dan berkayuh. Malam ni (planning je...ntah terbuat ntah tidak) nak tulis persediaan mengajar dan SEMAK kan kepala dengan buku kerja dan latihan bintang2 hati aku (hari minggu pun kerja lagi taw). Aku kena siapkan semua dalam minggu ni juga, aku ingat minggu depan aku nak ambil cuti. Nak ke satu tempat yang boleh mententeramkan pankreas dan ginjal aku. Pulun kerja tak boleh juga, kesihatan aku pun aku kena jaga juga.....kalau saya jatuh sakit nanti sapa nak jaga kan? kan? kan? awak kan?...

Kilat dan guruh dah sabung menyabung....aku titik kat sini dulu lah yer. Nanti kang tak pasal2 aku kena panahan petir........mati kekejangan aku nanti. (kalau kena panahan asmara cun juga kan....hihihi)

Ok semua. Selamat bercuti (huhuhu....esok dah ari senin). Tingkatkan Prestasi, Elakkan Kontroversi....Assalamualikum.

Saturday 21 April 2012

Tips | Rumah Tangga Bahagia - Ketahui Khasiat Peluk Isteri

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


- pelukan mesti mesra






Aku ingat dah nak closes tadi, tetiba  terbaca artikel ni (sila rujuk tajuk catatan). Memula terbaca tajuk itu bikin aku tersenyum kambing bebiri seorang diri, dan otak aku berkata, "alamak, choi je tajuk artikel ni. Gedik bagai lollll....ada khasiat gak ye peluk isteri?". 

Tapi biasa la kan manusia, sifat ingin tahu dan amik tahu tu memang menyubur dalam diri. Jadi, aku sendal kelopak mata aku dengan jari untuk baca artikel macam best tu. Pehhhhh...memang super hebat la. aku syorkan u all baca sampai lebam entri aku kali ni. Kalau tidak u all akan menyesal tujuh keturunan...hahaha....takut tak? takut tak?..kihkihkih!

- pelukan penuh kehangatan
Baca artikel ni  pun u all boleh menambah ilmu pengetahuan tanpa perlu pergi ke sekolah atau kawasan2 yang sewaktu dengannya. Artikel ni mempunyai klasifikasi U serta bebas kuman trojan. Ia sesuai untuk semua gender mahupun untuk spesis2 yang terancam. Memberi kebaikkan buat yang dah dinikahkan atau yang masih bujang terhangat di pasaran. Dan juga, peluang membuat persediaan untuk bergelar suami terbaik.....terbest.... tersuper....terhangat.....bla...bla...bla...penat mata dah aku ni nak merapu-meroyan-meraban wei. Ok la, u all baca la  ye. Selamat membaca untuk semua. 

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

- pelukan kerinduan

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh".

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

- pelukan kasih sayang

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau lagi, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

- pelukan terindah
"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap",  katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dengan penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri",  kata Fadzilah. 





Sumber:Tips Rumah Tangga Bahagia | Ketahui Tips Khasiat Peluk Isteri

Nota:
Sudah habis bacakan? selamat mendapat ilmu dan SELAMAT BERAMAL!! Kepada yang bernaung di bawah persatuan bujang2 terhangat semalaya jangan mengatal nak praktikkan ilmu ini. Nanti kan tak pasal2 bengkak kepala kena luku dengan kasut terompah kayu....hihihi!
- gambar hiasan
Nanti ramai la akan awek muda. Tak payah nak cocok susuk sana....cocok susuk sini, bomoh sana....bomoh sini. Amal tips ni pun dah awek muda...kelas gitu ko....murah dan praktikal.....just berpeluk-pelukan sahaja....hahaha!

Jadi, peluklah pasangan anda ketat2 (yang dah dinikahkan aje taw)...yang bujang boleh praktis peluk tapi sila guna bantal peluk atau bantal busuk tahap longkang....kahkahkah!

- gambar hiasan
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tips | Mengeratkan Hubungan Dengan Si Dia

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Otak dah tepu dan beku. Tak tahu nak create ayat berjela bagai.....kat bawah ni ada beberapa tips yang boleh guna dan berguna untuk u all pratikkan dalam melayari bahtera ukhuwah bersama pasangan masing2. selamat mengunyah ilmu buat semua.

1. Jujur
Bila ada yang kita suka tentang sesuatu perkara tentang dia, lebih baik jujur. kalau perlu, cakap terus terang face-to-face bukan melalui facebook semata2. Memanglah sakit sedikit, tapi ada kebaikannya di masa hadapan. Seharusnya kita berterus terang dan jangan terus merahsiakan sesuatu yang boleh menggugat hubungan kita dan si dia suatu hari nanti. 

2. Be yourself
Menjadi diri sendiri adalah paling baik. Kita tidak perlu menjadi orang lain semata2 untuk menjadi somebody untuknya. Tak perlulah kita meniru penampilan orang lain untuk disukai.  Jikalau untuk kebaikan, tidak mengapa. Janganlah si dia mencintai anda kerana diri anda yang PALSU.

3. Tulus
Apabila menyintai si dia. Tulus sahaja dengan si dia. Jangan mengharap sesuatu balasan dari si dia. Misalnya anda menolong si dia, jangan sesekali mengungkit-ungkit mengenainya.

4. Terbuka
Tidak perlu berbohong. Bersikap terbukalah selalu. Selama ini kita rapat dengan siapa dan biasanya kita menghabiskan waktu di mana. Supaya si dia tidak merasa syak wasangka terhadap kita. 

5. Kata "maaf"
Maaf memang ada batasnya. namun, tidak salah jika kita meminta maaf. nama pun manusia. pasti ada salah dan silapnya juga. sememangnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

6. Kejutan
Jangan kita segan memberi kejutan buat si dia. Misalnya, memberi hadiah kepada si dia. tidak perlulah menunggu hari-hari tertentu baru hendak berikan hadiah. Tentunya si dia akan lebih memberi perhatian pada kita.

7. Care
Perhatian!! tidak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja untuk mendapatkan perhatian si dia, sekadar bertanya sudah makan ke belum atau bergurau mesra dengan si dia pun sudah mencukupi.

8. Dekat dengan keluarga
Tidak semestinya kita mencintai seseorang kita perlu mesra padanya sahaja. cuba-cubalah bergaul mesra dengan keluarganya juga. 

9. Berfikiran positif
Selalulah berfikiran positif mengenai si dia. jangan terlalu memikirkan yang bukan-bukan mengenai si dia. Tapi AWAS!! jangan terlalu membiarkan sahaja si dia. jangan sampai ada orang lain potong line sudahlah.

10. Hargai PRIVACY
meskipun kita dan si dia bersikap terbuka. Tidak semua cerita perlu diceritakan. Mungkin belum masanya. Hargai juga privacy si dia. Apa yang perlu kita ketahui dan apa yang sebaiknya jangan kita campuri. 

Semoga tip-tip ini dapat membantu u all mengeratkan lagi hubungan si dia. well, dah abis bacakan. Apa kata u all calling2 si dia and invite si dia makan malam bersama atau tengok wayang. Tapi harus diingat, yang perhubungan tak halal tu sila2 bawa peneman bersama. Bukan apa, untuk mengelak excident yang tak diingini daripada berlaku ke atas u all. Bak kata kepala hotak aku; "kayuh ukhuwah biar selamat.....baru dapat berkat"...hihihi....terbaik dari ladang, tak gitu?.

Selamat beramal untuk semua...Y(^__^)Y.

- Haiwan pun pandai menghargai, bagaimana dengan kita? 
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tips | Membentuk Cinta Abadi


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


- Cinta Abadi mampu di miliki?
Setiap manusia yang berkelana di bumi Allah SWT ini sering mendambakan cinta dalam kehidupannya. Namun begitu, berapa ramai di antara kita yang bertuah yang betah mendakap dan memiliki CINTA ABADI?. Ada pelbagai cara untuk kita kenal, rasa, lantas memiliki ia. Salah satunya kita hendaklah mengenal diri kita sendiri serta apa haluan tujuannya cinta kita.

Disini suka aku kongsikan dengan rakan-rakan sekalian cara bagaimana untuk membentuk cinta abadi. Artikel ini garapan oleh seorang hamba Allah yang tidak BERNAMA. Bagi aku artikel ini sungguh cumey dan cute untuk kita gali segala maknanya. Supaya ia boleh kita jadikan cahaya dan landasan dalam kesungguhan kita mengenal dan mencari cinta.

Jom terjah minda kita.....Selamat membaca CARA MEMBENTUK CINTA ABADI buat semua.

Cinta sejati tidak pernah merasa sunyi walaupun orang yang tersayang tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran wajah kekasih, bayangan kenangan-kenangan manis dan harapan positif untuk membina hidup bahagia menjadi teman di kala bersendirian.

- Jauh bukanlah halangan jika jodoh telah ditakdirkan
Apabila anda bersendirian atau ketika pasangan tidak ada disisi, bayangakan seolah-olah dia ada di sisi anda. Ketahuilah rasa sunyi dan rasa tidak diendahkan adalah emosi negatif.

Hentikan perasaan ini kerana ia akan menyusahkan diri anda sendiri. Sebab, kenikmatan cinta akan hilang tak semena-mena, diganti oleh perasaan dipinggirkan oleh pasangan. Bahaya!

Cara terbaik, imaginasikan seolah-olah pasangan ada bersama anda, seolah-olah anda mendengar suaranya, mendengar tawanya dan merasai kegirangannya. Bila anda selalu lakukan teknik ini, anda tidak akan pernah merasa sunyi walaupun kekasih hati tidak ada di sisi. Dengan melakukan hal ini, anda sudah membina emosi positif, iaitu dengan merasai kenikmatan cinta.

Sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah untuk dirinya, semoga dengan pahala yang anda sedekahkan itu dia mengingati anda selalu dan ingatan itu baik-baik sahaja. Cinta terbaik adalah cinta dibina berlandaskan agama, iaitu anda mencinta pasangan anda sebagai ibadah anda kepada Allah SWT.

- cinta itu MEMBERI tetapi bukan MENGAMBIL
Moga dari memberi cinta, anda diberi pahala oleh Allah SWT. Dengan pahala yang anda kumpul, moga dari situ Allah SWT merahmati kehidupan anda lantas membukakan pintu-pintu kejayaan buat anda juga buat pasangan.

Motivasi cinta ada di mana-mana, sebaik-baik motivasi dalam menikmati cinta adalah memberi cinta dengan mengharap balasan pahala dari ALLAH Yang Maha Esa. -TAMAT-



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sabtu Yang Cool

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Awan suram yang memayungi seluruh kedaerahan ini akhirnya memuntahkan jua butir2 jernih mutiaranya. Sejuk dan dingin terasa...hukum alam, siapa kita nak menghalang bukan?. Tetiba rasa tak ada mood untuk meneruskan kerja di depan mata. Skrin laptop aku lihat dengan pandangan kosong dan beku. Time2 hujan sebegini best lagi melayan blues....bermonolog dan termenung. Kalau di rumah mahu sahaja aku mendakap bantal peluk dan menyembunyikan diri dari kedinginan ini disebalik tebal selimut. Namun apa daya aku, terpaksa juga mengharungi separuh dari hari ini dengan kelesuan dan ketaklaratan.


Aku harap aku punya kekuatan dan mendapat kekuatan dari orang yang aku sayang dalam melatari kepayahan yang bukan sedikit harus aku telan.

Line internet pun seperti merasai kedinginan perasaan ini......lembab dan pelahan je dia running. Aku tertacap kaku memandang laman web SAPS. Sudah tiga puluh minit berlalu, tiada apa2 yang boleh aku mulakan melainkan tunggu...tunggu...dan terus menunggu. Nampak gayanya, gerak kerja hari ini terpaksa dilakukan dalam suasana 'tangkap sendu'. Apa boleh buat kan...terpaksa. Tak apalah, aku cuba kayuh pelan2....insyaAllah, nanti2 sampai juga ke destinasi. 

Aku capai gelas....aku teguk pelahan-lahan, air nescafe pun dah tak sehangat tadi. Cepat betul sejuknya. Kat luar sana, hujan masih lagi mengila, bagai berdendam dengan seisi alam. Tentu sahaja semua makhluk bumi akan memanjatkan syukur diatas penganugerahanNYA di pagi ini. Hujan, ia adalah rahmat dari Tuhan.

Suasana alam pagi ini mencambahkan lagi kerinduan aku pada 'dia' yang jauh berbatuan.

Stop sekejap. Loceng dah lantang berteriak. Harus beransur ke kelas dahulu. Jumpa lagi untuk lain siaran.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.