Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 28 March 2012

Menegur Secara Berhemah



Sememangnya dalam hidup ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berbeza adaalah suatu perkara yang lumrah. Justeru itu, apabila ia berlaku jangan sesekali diantara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prangsaka kononnya ia bertujuan untuk memburukan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang cerdik sungguh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Karangan Biografi Seekor Biri2

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Gurgurlz Si Anak Bebiri
Ini anak membiri saya. Nama beliau gugurlz. Nama betul beliau mengikut ic Semah Bedah binti Mat Piah Dol. Beliau telah dilahirkan oleh emak beliau pada 14 Februari 2012, jam 10:35am (waktu malaysia). 

Hobi beliau ialah bermain lompat-lompat sambil membunyikan "mbeekk...mbeekkk...mbeekkk". Makanan kegemaran beliau ialah rumput yang segar dan dedaun yang berwarna green. Beliau gemar minum susu segar ibu beliau yang lemak berkrim dan bebas kolestrol. Sesungguhnya susu ibu adalah sumber terbaik yang dianugerah Tuhan untuk pengembangan minda bayi serta imun antibody bayi bagi melawan bakteria-bakteria yang bergerak secara rawak dalam atmosfera bumi.

Pada masa lapang, beliau suka bermain polis sentri bersama rakan-rakan sebaya. Apabila ada rakan yang mengalami kesusahan, beliau tidak segan silu menghulurkan pertolongan. Beliau seekor biri-biri yang berbudi bahasa.

Best Freinds Forever
Beliau seekor biri-biri yang sangat prihatin terhadap kesihatan dan kesejahteraan bumi. Beliau tidak gemar pada orang yang merokok. Beliau juga sangat sedih bila mengetahui loji nuklear Lynas akan di bina. Beliau sangat cinta akan alam sekitar. Antara cerita yang beliau gemari ialah cerita ultraman Gina, beliau selalu mengambarkan beliau adalah seekor ultraman dari kalangan bangsa biri-biri yang hebat wujud untuk menyelamatkan bumi.

Beliau juga seekor biri-biri yang genius. Apabila hari hujan, beliau cepat-cepat akan menyelamatkan diri beliau dari kebasahan. Bagi beliau, bermain hujan boleh menyebabkan penyakit selesema burung. Keluarga beliau miskin, sukar untuk membawa beliau ke klinik sekiranya beliau jatuh sakit. Beliau masih ingat lagi nasihat doktor haiwan dari jabatan vaterina, "sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari berubat". pesanan itu sentiasa terpahat jitu di pankreas beliau sejak dari dulu, kini dan selamanya.

Semah Bedah tengah berposing maut di depan villa familinya
Beliau seekor anak yang taat dan menghormati kedua orang tuanya. apabila ibu bapa memanggil, dengan sepantas gaban beliau akan berlari mendekati ibu bapa beliau sambil mengucapkan salam dalam bahasa biri-biri.

Gaya goatwalk bakal super model terunggul
Setiap malam beliau akan tidur di sebelah ibu beliau, beliau sangat sayang akan ibu beliau. Beliau bercita-cita untuk menjadi seekor biri-biri yang ayu dan comel apabila dewasa kelak.

Beliau berharap beliau boleh hidup dengan sihat dan gembira selama-lamanya.

Nama: Mat Tiub Bin Beskal
Tahun: 6 Bijaksini


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 25 March 2012

Lelah Jiwa

kamu mengata dia
dia mengata mereka
apa sudah jadi dengan dunia
porak peranda nilai manusia


kamu bikin celaru
buat aku jadi keliru
kamu tidak lagi seperti selalu
suatu ketika yang pernah aku kenali dahulu


kita punya pemimpin hebat-hebat
siang malam tak penat berdebat
Malaysia aman tapi kurang selamat
masih ramai lagi yang hidup melarat


perkauman sana sini
racist itu ini.....
diskriminasi bertakhta di hati
berbalam sebuah mimpi.


Malaysia ini kecil saja, 
kalau kita gaduh siapa mahu jaga
jaga-jaga anak kita, 
jangan sampai jadi hamba...


teringat orang tua-tua berpesan; 
kalah jadi abu, menang jadi arang
jadikan ia pedoman
jadikan ia guru kehidupan

Thursday 8 March 2012

Frust Menonggeng


frust menonggeng nyior


Terkisah sebuah kisah............

"abg, kira kerugian malam ni" buka dompet sambil mbelek2 duit kaler biru merah.

"semua skali RM9.50. tapi semua sudah settle". jwb pekedai

"haaaa?????....abg biar benar??belum bayar dh settle. magik ni bang. ke abg tgh buat shooting wakenebeb??" rasa cuak tetibe melingkari pankreas.

sambil memuncungkan bibirnya yang tebal diselaputi misai ala2 a.galak dlm cite kepolisan gerak khas, si pekedai menoleh ke arah sekumpulan aweks2 cumey dan cun di sudut hujung kedai.

mata terlirik sama ke arah sana.....jadi, segala kemusykilan yang ada terlerai akhirnya.

melangkah keluar, derap langkah menuju ke arah meja di sudut kedai. bagai seorang laki2 macho yang penuh kesopanan dan kesusilaan, penghuni2 meja yang sedang berbual mesra di sapa.

"hai, assalamualaikum" sambil tersenyum kambing biri-biri.

"hai, wa'alaikumusalam' hampir serentak aweks2 cumey dan cun itu menjawabnya.

"terima kasih belanja saya. buat susah-susah aje" sambil mgkontrol pitching dan getar suara.

"ooooh....x mengapa. small matter" sambil melemparkan senyuman paling sweet honey gitu.

sambil menyeluk saku, "ni RM10.00. saya ganti balik......." aduiiiiiyaaaaa ..... sengan, silu, malu, tebal muka bersatu menjadi satu.

"ehhhhhh......takpe la. saya ikhlas." jawab dia dengan muka terkezut berok mat yeh.

"takpe...takpe.....takpe saudari....saya tahu saudari ikhlas. tapi saya tak nak terhutang budi....takut nanti tergadai body..." dengan muka tahap muntah ijau si jejaka berlalu meninggalkan meja aweks2 cumey dan cun itu. apa yang di fikiri oleh aweks2 tidak lagi menjadi agendanya

****************************************************
dalam kereta

semasa on the way balik rumah, baru terlintas di serembrum.... salah seorang aweks2 cumey dan cun tadi semacam jumpa dan semacam pernah disantuni. 

"gedebukkkkkkkk.....". tetiba ingatan yang loose jatuh menimpa otak kanan. aduiiiiiiiiiyaaaaaaaaaaaaaaaaa....aweks tu rupanya. pernah tolong tukarkan tayar kereta dia yang terpancit ditepi jalan. alamak...alapak....alagapas..... macam mana boleh terhilang ingatan sebentar tadi. memang pilu lagi nyilu lasssssssssssss.....cerekarama betul la mkn mlm ni.

hu..hu...hu.....waaaaa!!!. skrg abg long hanya mampu meraung lam ati sambil menghantuk-hantuk kepala ke bantal dan berdoa dapat bjumpa lagi dgn dia hendaknya. (@___@)

moral of story:
jangan berlagak macho dan poyo tak bertempat



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca


Sunday 4 March 2012

Subhanallah

Aku tak mampu menutup rindu
Setiap saat kerinduan akan menyapa hati ku Seolah-olah kerinduan itu suatu kemestian bagi ku Dan bila kerinduan bertandang… Aku serahkannya kepada-Mu… Ya Tuhan Sesungguhnya Engkau adalah tempat sandarku Menghangatkan sepi rindu yang dingin membeku... Ketika kemudi malam berlabuh Aku rawan dek rindu tak bertangguh Aku rindu nikmat-Mu Aku rindu cahaya-Mu Aku rindu kasih-Mu Aku ratib segala khilaf dalam alunan zikir Mendamba redha-Mu Tuhan yang tiada penah kikir Aku akui kekerdilanku Aku yakini kasih sayang-Mu Terkatup layu mata ku Dek lelah mengalirkan jernih mutiaraku Ketika sujud pada-Mu Dari sepertiga malam ku Mencari yang dirindu… Subhanallah… Rahmat dari-Mu Mendamaikan istirehatku



Destinasi Ku




diserambi hidup ini aku bersimpuh diri menganyam perca-perca kenangan yang berselerakan aku pertaruhkan sabar walau terkadang seakan tercabar aku patrikan tekad walau terkadang seakan tersiat aku pernah yakini merah hati, mencintaimu fitrah buatku dirimu destinasi terakhirku diruang waktu di depan cermin usang itu aku tertacap kaku.... aku cermini wajah hati aku halusi canggung diri, tiada aku mampu untuk bersuara walau sakitnya menyiat parut duka dengan redha dan lelas hati pelahan-lahan aku biarkan ia permisi aku penasaran mengharap bulan pulang keribaan mewarnai sepi hati menghias hidup ini

Mengharap redhaMu Ya Allah


diberanda sepi hidup ini aku bermonolog sendiri melihat-mentafsir, pada lelas sekeping hati... mencari warna realiti dalam kabus ilusi aku bagai si buta meraba mencari makna, mengguna dan diperguna melukai dan dilukai mengalah dan dipersalah berliku denai yg aku langkahi kiri dan kanan melukakan putih yang ku dambakan, hitam yang bertandang datang terkadang, sabarku bagai dihinjak ke bumi kudrat seakan terhenti nafas bagai mati.. dalam susah aku bangun berdiri aku gagahi merah sekeping hati langkah ini harus aku hayuni biarpun berkali tersungkur ke bumi disetiap penghujung solatku aku mengharap redhaMu Ya Allah dalam keterbukaan pintu fitrah

Friday 2 March 2012

Bila Hati Berbicara

berkata hati disuatu pagi;


"walau ke lurah kau berlari....walau ke gunung kau mencari rezeki, engkau tetap akan berjumpa manusiawi-manusiawi yang busuk hati dan berperasaan hasad dengki". 

Ketika Disapa Gundah

ketika disapa gundah, merah hati bermadah;


"Hidup ini sebetulnya meriah dengan warna-warna indah. Namun harus engkau pasrah, kerana dalam melangkah....engkau akan temui banyak 'wajah' yang berwajah-wajah"

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.