Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 31 December 2012

Malam mengawan telah tiba | Musim menetas bakal tiba

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mesti ramai dan bersepah manusia yang excited nak sambut ambang tahun baru 2013 nanti kan? Adakah angpa penyinggah dan pembaca tegar blog abg long juga bernaluri begitu? Terpulang la yer, memasing punya nafsu dan selera.....angpa suka makan ayam kentaki tak kan abg long nak paksa angpa melantak capati. Begitu la juga sebaliknya.

Tahun 2013 semakin mengamit kita, tahun 2012 pula akan pergi untuk selamanya. Diambang 2013 nanti pasti ramai yang bersuka ria menyambut kedatangannya, dengan pelbagai cara dan agenda.

Dan, berapa ramaikah malam nanti anak2 muda kita terutamanya si gadis yang akan hilang daranya......Berapa ramai juga anak tidak sah taraf bakal di lahirkan ke dunia.

Bermula detik ambang 2013 nanti sehingga ke sembilan bulan akan datang, pasti nanti bersepah cerita di dada akhbar dan media, bayi tak berdosa dibuang dan dibunuh kejam oleh setan bertopengkan manusia.

Saban tahun.....kisah yang sama akan berulang tayang. Oh Malaysiaku! Nauzubilllah



Jadi, buat semua penyinggah dan pembaca blog abg long, sama-sama la kita jaga diri kita.....pakat-pakat la jaga adik-adik kita dan anak-anak kita. Semoga perbuatan terkutuk lagi hina ini tidak terjadi dalam keluarga kita.
Tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti fatwa dari Dato' Seri Harussani, ulama muda Fathul Bari serta para mufti terhadap konsert-konsert sambutan Tahun Baru 2013 malam nanti.    [Admin-Diari Seorang Lelaki]
Abg long pelik, orang kita lebih ingat tahun baru masihi dari tahun baru Islam. Orang kita lebih kenal nama bulan masihi, tapi bulan Islam langsung kita tak ingati dan tak ketahui (bukan pembaca dan penyinggah blog abg long la, ni perangai orang lain yang duduk kat Amerika...HaHaHa...KahKahKah)

Abg long bukan anti hiburan. Cuma rimas dengan hiburan yang duk bersepah2. Tak cukup kat tv dan serata negeri, ambang tahun baru pun kita nak sambut lagi. Ada yang kata, zaman dah berubah.....Tapi perlu kita ingat, Al-quran dari dulu sampai sekarang kandungan dia tak pernah berubah. Jadi, sebelum bercakap tolong la pakai akai....Baru jiwa tak serabai.

Banyak lagi cara yang digazet oleh agama untuk kita meraikan kedatangan tahun baru masihi dengan sweet dan comei. Jika ada jalan bercahaya kenapa harus kita pilih jalan yang gelita untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Bersamalah kita saling ingat-mengingati dan nasihat-menasihati untuk kebaikkan.

Tahun Baru abg long Satu MUHARRAM bukan Satu JANUARI. Buku baru bagi abg long 15 SYAABAN bukan tanggal Satu JANUARI.

Angpa bagaimana? Setuju? Sila LIKE dan SHARE jika bermanfaat. Komen dan nasihat abg long jika apa yang abg long conteng ni tak betul dan sesat.

Jazakallah fiikum



Photo: Incik google punya
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Rahsia punggung wanita | Kenali diri angpa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

::EDISI FAKTA KE AUTA::



Semua orang ada punggung dan tahu fungsi punggung masing2 bukan? Tapi tahukah angpa yang punggung kita ni berbeda. Nak pula jika ianya punggung si wanita. Apa kata sebelum angpa baca abis entri ni angpa (wanita) sila tengok punggung memasing. Jangan tengok punggung orang lain, itu tak aci. Itu main ngelat namanya...HaHaHa....Dah tengok punggung memasing? Kalau dah, sila teruskan pembacaan.....

Punggung menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi.

Meh sini abg long nak ceghite....

1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke man a hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berse ron ok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang ro man tik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
Well, yang mana satukah punggung angpa? Apa pun ianya sebenarnya bergantung pada diri angpa sendiri. JANGAN BIARKAN PUNGGUNG MENENTUKAN SIAPA ANGPA...HeHeHe!

Selamat mengaudit punggung sendiri la ye....KuiKuiKui!

Barakallah fiikum


Photo: Lebai google punya.
Info: Rembat SINI
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Banjir Pusingan Ke-2 Tahun 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi pagi sesi pendaftaran student berlangsung dalam keriuhan hujan yang bertandang datang. 

Gerak kerja tadi pagi tak sempat nak disettlekan, ibu bapa dengan guru-guru serta staf yang ada terpaksa bergegas menyelamatkan kenderaan dan diri kerana air yang naik semakin meninggi.  

Sekelip mata, air banjir mulai melimpah ruah saujana mata memandang. Jalan keluar masuk ke kuarters dan sekolah lumpuh. Air di luar kawasan kediaman warga pendidik berada pada paras pinggang. Ramai warga yang terkandas dan terperangkap, termasuk la abg long angpa ni ha....Adoiiiiilalala.....

Nasib baik Black Warrior sempat alih letak kat atas jalan yang tinggi tadi. Jika tidak , maunya jadi kapal selam Black Warrior abg long tu....HuHuHu....Naya...


GB dan Cikgu Mazliza menongkah arus banjir

Dari tingkat tiga bangunan sekolah, air banjir saujana mata memandang
Kelihatan air banjir mengepung bangunan surau, asrama student dan kuarters warga pendidik.
Air banjir tengah tunggu masa nak menakluk je ni.

Hujan dah mulai reda namun langkah berjaga-jaga dan berwaspada telah ditingkatkan memandangkan siren amaran banjir telah pun dibunyikan. Kat atas sana awan hitam masih menyelubungi seluruh alam. Petanda yang hujan kan kunjung tiba bila2 masa. Angpa doa2 kan la abg long angpa ni na.....Supaya selamat dan tidak kesejukkan dek kerana air hujan....Kalau kena air banjir mau kembang abg long ni macam baulu cicah milo...HiHiHi..

Hari ni betul2 rezeki abg long untuk bersua mata dan berasimilasi dengan air banjir ni. Teruk banjir melanda minggu lepas. Hari ni boleh tahan juga. Harap air banjir ni surut cepat. Esok sekolah nak buka dah. Jika tidak, semua orang kena harung air banjir la untuk ke sekolah. 

Musim2 banjir ni apa yang penting utamakan keselamatan. Dan, sila baca tips ketika banjir di SINI






Abg long harap sahabat2 di Bandar Chukai, Kemaman turut berjaga2 takut banjir pusingan ke-2 ini akan melanda juga ke sana. Memandangkan air banjir minggu yang lepas bermula dari  sini, besar kemungkinan ia akan membadai bandar Kemaman untuk sekian kali lagi. Alhamdulillah, dah maklum kan pun mereka yang tinggal di sana.

Doakan abg long dan semua warga di sini.

Barakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Apa dah jadi dengan ex-fiancee Apek?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi adalah tuan empunya blog Jejari Runcing. Dan, beliau adalag blogger yang penah menjadi tunangan kepada penjaga gol no.1 negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. (perhhhh...ayat skema buku teks tahun 2 baq ang).

Sebelum ni (beberapa bulan yang kebelakang) kecoh geng2 mak jemah mengatakan yang si Elia ni akan melangsungkan perkahwinan setelah beliau buat entri kat blog Jejari Runcing beliau about 'Type-Less Thursday' di mana beliau telah membuat ujian HIV. Makanya, heboh la satu tanah melayu tentang beliau yang konon2 bakal bernikah akibat kecewa putus tunang dengan Apek.

Namun, cerita sensasi tersebut basi begitu sahaja tanpa ada kesahihan dari tuan empunya diri. Terzip la sekejap jejari blogger yang buat kisah tak betul tu demi mencari trafik yang gilos babis.

Dah lama tiada perkhabaran tentang Elia. Apek dan pasangan pilihan mata dan hatinya telah pun selamat berlayar ke alam kenikmatan rumah tangga. Tapi, apa cerita si Elia? Apa dah jadi dengan ex-fiancee Apek? Bagaimana kehidupan beliau sekarang?

Setelah singgah BW kat blog beliau jejariruncing.blogspot.com dapat la abg long sedikit gambaran kisah kehidupan beliau pasca tidak bersama Apek. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian beliau dalam jurusan diploma accounting. Dan, beliau baru sahaja gradute. Dikhabarkan lagi yang beliau akan melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat ijazah pula.

Elok la begitu, lagipun Elia masih muda. Masih jauh lagi perjalanan buat beliau belajar tentang hidup yang dipinjamkan ini. Lihat pada catatan di blog beliau, seperti beliau telah berjaya keluar dari kemelut yang ada. Namun, siapa abg long untuk menilai jauh ke dalam lubuk hati beliau. Cuma abg long harap, keceriaan itu adalah gembira yang nyata. Abg long tahu, sebagai seorang gadis yang berpelajaran, beliau tahu untuk berfikir secara rasional dan redha atas apa yang telah terjadi sebelum ini.

Abg long harap Elia akan berjaya dalam hidupnya. Berjaya mengapai cita dan mendakap cinta sepertimana yang didamba. In Shaa Allah.

Abg long teringat pada pesan seorang ibu tua pada seuatu ketika, "Abg....kenapa harus berduka sedangkan abg juga berhak untuk hidup bahagia." Semoga pesanan ibu tua ini bermanfaat untuk semua.

Jadi, buat sahabat2 abg long semua. Walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita, sama ada kesulitan, kesempitan, kesukaran, kegembiraan, kebahagiaan serta kesenangan.....usahlah kita lupa kepada DIA. Ingatlah DIA sama ada di masa susah mahupun masa senang kita. Kita ingat DIA, DIA ingat kita. In Shaa Allah.

Kepada angpa yang tertinggal keretapi boleh la layari blog Aimie Harmelia Mohd Hashumi untuk membaca kisah hidup beliau dan melihat perkembangan kehidupan beliau sekarang.


Barakallah fiikum.



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

Sunday 30 December 2012

Kembali menyantuni tugasan hakiki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Siang tadi dah bermulanya waktu2 sibuk buat abg long dan rakan2 seperjuangan yang lain. Kepada sahabat2 seperjuangan dan sealiran selamat kembali bertugas dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Biar apa pun 'suara' diluar sana memperkatakan tentang kita. Usahlah gundah gulana. Kerana Dia tahu apa yang kita lakukan dan apa yang ada di dalam merah sekeping hati milik kita.

Pasak kan tekad....pacak kan azam, tidak akan luntur semangat juang kita dek kerana 'suara' yang tidak memahami dan mengerti. Biar kita di caci mereka, asal Dia tahu kebenaran yang ada. Biar kita hina di mata mereka, asal kita mulia disisi-Nya.

'Suara' yang sumbang itu biarkan sahaja ia berkumandang. Usahlah kita turut menari bersama irama yang sumbang. Biar tidak dihargai asal ada harga diri.

Memetik kata bicara seorang pujangga,
Sesuatu yang Baik, BELUM TENTU Benar.
Sesuatu yang Benar, BELUM TENTU Baik.
Sesuatu yang Bagus, BELUM TENTU Berharga.
Sesuatu yang Berharga/Berguna, BELUM TENTU Bagus.

FIKIRAN dan MULUT Merupakan Suatu Kombinasi.
Semakin Banyak kita Berbicara Tentang DIRI SENDIRI,
Semakin Banyak pula Kemungkinan Kita untuk BERBOHONG.
Jika kita Tidak Bisa menjadi Orang Pandai, JADILAH ORANG YANG BAIK
Alhamdulillah, siang tadi selamat bermesyuarat dan mengutip tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kini masa untuk kembali menyantuni tugasan hakiki.


Dua amanah yang diberikan siang tadi. Berpuluh2 bakal menyusul nanti...

Sejak enam bulan yang lalu telah bertukar menjadi orang akademik full time. Selamat tinggal sukan, selamat tinggal pusat ko-kurikulum, selamat tinggal masa bersantai dan selamat tinggal penderitaan...Ooopppsss, termasuk tajuk lagu kumpulan iklim pula....HaHaHa..

Apa pun, abg long harap mampu melakukan yang terbaik untuk tahun dua ribu tiga belas nanti. In Shaa Allah. Angpa pun doa2 kan la abg long angpa ni ye.

Esok pendaftaran student baru. Jadi, tak boleh nak bersantai lebih masa di blog. Lepaih ni kena bahagi masa sesweet mungkin, jika tidak bertandang la pening.

Barakallah fiikum.



Nota Diari:
Lewat naik meeting sebab masalah banjir ajaib yang melanda kemaman baru2 ini.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Drama sebelum Kawin | Macam-macam ada

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Semua orang kawin muka excited macam gini ke? HaHaHa....Ngaku je la wei!

KahKahKah......pepe hal pun abg long gelak dulu la yer sebelum angpa bantai gelak gilos babas depan blog abg long ni ha.....Berair ayaq mata abg long duk tengok bidio kat bawah taw.

Lepas tengok ja bidio bawah ni terus rasa macam diri baru sudah mandi wap kat  spa.......Apa perkaitan bidio kat bawah ni dengan spa? HaHaHa....angpa nak tau kena la nonton dulu. Tapi apa yang abg long rasa mungkin tak sama dengan apa yang angpa rasa....KahKahKah......Angpa mana boleh jadi abg long yang sweet ni...Sama la macam abg long tak boleh jadi angpa yang ohsem....Kita mungkin sama tapi tak semestinya kita serupa....Betui dak? 

Apa2 pun meh nonton bidio Drama-drama sebelum kawin. Gerenti akan terbuka minda dan cepat2 suh mak ayah angpa kawin kan angpa......Itu pun jika angpa punya kepala dah sampai tahap kritikal tak boleh blah la......HiHiHi...

Layannnnnnnnnnnnnnn.....Drama-drama sebelum kawin....Oh sedappppppppppppp!!!


Lihat bawah sini!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Klik


Angpa rasa macam mana lepas nonton bidio atas tuh? Bagi abg log la kan, Mat Lufti memang terbaik la....lawak 1st kelas.....sinis dan berisi....HaHaHa....Abg long jamin potong anu (kuku)  abg long punya yang angpa pun penah alami apa yang Mat Lufti ketengahan ini. 

Toksah konar baring la dengan abg long, sekilas ikan dalam ayaq banjir abg long dah tahu spesis ikan apa...Hebat dak abg long? *kalau angpa percaya nasib la ye*

Ayat Mat Lufti paling tak boleh belah dalam bidio ni,

...ana mahu mnjadi yg halal buat anta.❞ 
...hang nak jadi apa? ayam,kambing,lembu,kanggar­u..??❞ .
HaHaHa!!! kelakar laa Mat Lufti ni....Angpa jangan terasa pula ye.....Sekadar hiburan menggerakkan minda di hari nan indah.

Angpa rasa betui dak apa yang Mat Lufti ni duk meroyan-meraban? Cu habaq mai kat abg long ang ni.

Yang baik angpa amik, yang tak baik angpa buang dalam parit....Umah angpa ada parit kan? HaHaHa...*siot. gelak sampai kuar ayaq mata*

Jazakallah fiikum


Photo: Rembat lebai google punya
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Angpa tau? Leuniey Natasha Isteri Khairul Fahmi (Apek) Seorang Blogger

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tengah abg long dok godek2 nama Leuniey Natasha dekat incik google tetiba kuar la benda alah kat bawah ni.



Bila abg long tenyeh tetikus kat situ menjelma la gambaq yang besaq gedabak. Tau gambaq siapa? Dah tentu la gambaq tuan punya tanah Leuniey Natasha.

Rupa2 nya isteri Khairul fahmi (Apek) ni juga seorang blogger. Tapi sayang, blog Leuniey Natasha ni dah berkurun tak dihupdates. Maybe dia busy duk mengorat Apek sebab tu tak sempat nak hupdates blog dia kot....HaHaHa....Jangan ketat2 la wei....Abg long melawak ja....ツ.

Last entri dia tepek kat blog pun 19 Ogos 2010. Besaq kemungkinan entri pertama dan terakhir....kebarangkalian.....Lepas tu langsung dah takdak apa2. 

Mungkin setelah memiliki Apek secara mutlak Leuniey Natasha akan kembali aktif semula berbelog dan mengembangkan lagi perniagaan bridal yang telah dijalankan. Siapa tahu bukan?

Apa pun SELAMAT PENGANTIN BARU buat mereka berdua. Semoga cepat2 dapat baby yang comei macam Leuniey dan ohsem macam Apek. In Shaa Allah.....Amin.

Kepada angpa yang nak terjah blog Leuniey Natasha boleh la tenyeh tetikus angpa kat gambaq Leuniey Natasha kat bawah ni.



Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu

Tips banjir | Satu pengalaman yang berharga

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulilah, sudah tiga hari cuaca cerah dan sweet. Bermakna, keadaan kian bertambah pulih dari bencana banjir yang melanda seminggu yang lalu. Walaupun masih ada lagi kawasan2 yang ditakungi air dan ada mangsa2 banjir yang masih lepak kat pusat pemindahan namun ianya tidak seteruk beberapa hari sebelum sambutan hari krimas. 

Banjir tahun ni adalah banjir yang paling buruk penah abg long lalui sepanjang abg long bernafas kat planet bumi ini. Ada pengajaran yang abg long dapat dari apa yang Tuhan beri melalui banjir ini. Meh sini abg long nak story morry.

Hari Selasa, sebelum on the way dari KB ke Padang Kubu, Kemaman dah check kat portal banjir. Bermakna dah tahu mana jalan yang ditutup untuk dilalui dan jalan mana yang boleh dilalui hatta jalan alternatif. Namun, hampagas......masa dah nak sampai kat Kuala Berang terpaksa berpatah balik sebab jalan dekat dengan KIST dinaiki air. 

Punya la jauh perjalanan last2 terpaksa berpatah balik. Adoiiiiiiiiiiiii.....sengal betul rasa jiwa. Awat la depa tak hupdates benda alah banjir ni kat portal tersebut? Tak pasal2 dah menyusahkan abg long. Nak tak nak terpaksa melencong ikut laluan alternatif. Terpaksa la buat2 tahu walhal tak tahu pun. Ikut je kereta yang u-turn. Nasib baik jalan yang dilalui boleh tembus kat jalan utama. Last sekali, sebab dah penat main kejar2 dengan air banjir bermalam kat Jerangau sebelum meneruskan perjalanan semula.

After solat isyak malam esoknya bersiap untuk meneruskan perjalanan.....Abg long ni memang suka drive memalam sebetulnya. Hujan masih turun walaupun dah tak selebat sebelum ni. 

Sampai je dekat Kampung Dendang, Jerangau Sungai, Dungun air dah melimpah atas jalan. Adooiiiiiiiiiiiii....sekali kena dajal dengan portal info banjir. Depa ni memang suka la tak hupdates website tu.....Sekali lagi terpaksa berhadapan dengan air banjir atas jalan. Bezanya, sebelum ni waktu siang, kali ni diwaktu malam. 

Dalam hati time mengadap air banjir tu duk kali (x), bahagi (/), tambah (+) dan tolak (-) sama ada nak redah atau berpatah balik......Bak kata cerdik pandai, "Alang-alang dah sampai biar jadi kapal selam"......"Tak akan mengalah sebelum berjuang"....Alaaaa....bukan apa pun, just air je kat depan tu.

Dengan penuh poyo abg long tekan pedal minyak dan Black Warrior abg long pun membelah air banjir yang menakluk seluruh jalan. Sampai di pertengahan perjalanan air naik sampai bonet. Cuak kemain dah tang dada ni. Ngedap kat luar tingkap, mak nenek......punya la laju air kat luar mengalir. Kecut segala yang ada dalam perut tika tu. Hanya mampu berdoa dan tawakal pada Allah tika tu. Di buatnya kereta mampus tengah2 jalan di dalm air malam tu memang jadi kapal selam la Black Warrior abg long.

Alhamdulillah, Tuhan dengar doa abg long dalam hati. *Thanks you Allah*....Lepas je lega dari rasa cuak, lebih kurang 200 meter lebih di hadapan, segerombolan air banjir saujana mata memandang duk melepak. Punya la break emergency sampai berasap segala. Punya la nerbes time tuh hanya Tuhan yang tahu. Tapi abg long buat2 cool, supaya geng yang len tak gelabah mak nenek..  Adoiiiiiiiiiiiii......depan-belakang dah depa kepung. 

Lama juga duk menung sambil pegang stereng. Duk pikiaq sama ada nak redah ke tidak. Tak tahu kat depan sana airnya dalam tahap mana. *jem pale hotak tetibe*....Tetiba nampak cahaya kenderaan dari arah seberang sana. Seketul motosikal tengah terkedek2 mengharung air banjir tersebut. Dalam hati, "motosikal boleh redah tak kan Black Warrior tak boleh. Bikin malu la kalau tak boleh"....HaHaHa....poyo tetap ada dalam merah hati.

Lepaih ja depa mai dekat dengan kenderaan abg long, dengan kesopanan dan kesusilaan (bese la kan, pengamal prinsip ke-5 rukunegara la katakan), abg long menyapa depa. Tanya air kat depan tu melimpah jauh mana dan jalan Bukit Besi dah boleh dilalui atau tidak. tau depa cakap apa? Dah tentu la angpa tak tahu kan....HaHaHa.....meh sini abg long nak baq ang.

"Jalan Bukit Besi dah boleh lalu bang. Tapi kat depan sana dah tak boleh lalu la bang. Air depan ni abg boleh redah tapi kat depan sekolah dan masjid Dendang dah naik sampai paras paha. Air pun laju." Dengan penuh berinfomasi dua jejaka bermotor tersebut bercerita.

"Habis, macam mana saya nak balik Padang Kubu sekarang?" Soalan bodoh lagi banggang terkeluar dari mulut munggil abg long.

"Tak tahu la bang. tapi kat depan memang dah dalam. Ada eloknya abg patah balik. Lalu jalan lain. Mungkin abg boleh guna haiway Ajil-Bukit Besi. Bukit Besi dah boleh lalu". Jawab yang tukang membonceng motor pada abg long.

Setelah dibuat pertimbangan sewajarnya abg long pun u-turn semula Black Warrior. Sekali lagi terpaksa redah air yang abg long redah memula tadi. Namun abg long dah tak berani nak redah sebab air dah semakin naik. Baru sahaja abg long lalui dia, cepat betul naiknya. Tak kan nak lepak dan tunggu situ sampai air surut.....Kena dibuatnya tak surut dan semakin naik tak ke naya......Sekali lagi rasa cuak menghuni relung hati.....mampus dah la kali ni.....

Secara tidak sengaja, mai la seketul lori angkut buat sawit kat belakang kenderaan abg long. Masa tu abg long best duk amik gambaq air kat depan. Sekali lagi Tuhan seakan menghantar penyelamat buat abg long and geng.

"Nak lalu ke? Kalau nak ikut belakang lori ni" tanya kelindan lori tersebut pada abg long.

"Boleh juga. Ok, saya ikut". Jawab abg long sambil terkedek2 berlari masuk ke dalam kereta semula.

"Guna gear rendah. Ikut rapat sikit", kata kelindan lori tersebut pada abg long sambil tangan dia duk suluh jalan dengan tochlight.

Alhamdulillah, akhirannya berjaya gak redah air banjir yang bermaharajalela atas jalan tu. Syukur pada Tuhan sangat2. Selepas degup jantung dah kembali normal dan peredaran darah lancar semula, abg long teruskan perjalanan. 

Malam tu sekali lagi berpatah balik tidur di Jerangau. Esok pagi akan meneruskan kayuhan ke Padang Kubu semula. Tak berani dah nak teruskan perjalanan diwaktu malam di musim banjir dan hujan lebat. Takut banana fruit two times (Speaking London ang).....Naya.....HaHaHa...

Yang sebelum ni lagi teruk. Tahun ni dah dua kali Black Warrior masuk air banjir disebabkan tahap penglihatan yang terhad tika drive di waktu malam dan time hujan lebat.  










Mohon maaf, visual amat menyakitkan kornea. Amik ni pun tengah gabra gilos babas. Adik2 bermotosikal yang abg long cerita kat atas tadi tengah checking paras air banjir yang menakluk jalan b4 abg long redah untuk berpatah balik.

Dengar khabar tak berapa gumbira, banjir akan kembali semula utk pusingan ke-2. Walaupun ini hanyalah ramalan dan kuasa Tuhan juga yang betah menentukan namun kita haruslah sentiasa untuk berwaspada. Betul tak?

Kat bawah ni ada beberapa tips untuk sahabat2 ketika ingin memulakan perjalanan ketika musim banjir. Rasa boleh pakai amik je, abg long kasi percuma kat angpa. Kalau rasa ntahapaapa boleh la abaikan dia....HiHiHi...Ingat, air ketika kecik boleh kita buat kawan, bila dia dah besaq dia melawan.

TIPS PERJALANAN KETIKA MUSIM BANJIR.
  1. Rujuk sumber terkini tentang info banjir. Jangan berpandukan kepada satu sumber sahaja. Contoh, jangan rujuk Portal Banjir yang tak dan lambat hupdates....Buang karan.
  2. Telefon balai polis berhampiran dengan jalan2 yang kita hendak lalui nanti.
  3. Telefon sedara mara, rakan atau sesiapa sahaja yang berada di kawasan yang dilanda banjir untuk info terkini jalan yang boleh dilalui.
  4. Pastikan telefon punyai kredit atau pun bil tidak di potong. Kalau tak macam mana nak calling2.
  5. Elakkan bergerak ketika waktu malam dan ketika hujan lebat kerana tahap penglihatan akan menjadi terhad.
  6. Jika ada banyak air atas jalan jangan gatai2 nak redah...
  7. Sediakan tochlight sebiji dalam kenderaan
  8. Elak jadi poyo....HaHaHa...
Harap pengalaman abg long dan tips tak seberapa ini bermanfaat untuk semua. Yang baik itu datang dari Allah SWT, yang sengal dan hodoh itu datang dari kelemahan abg long sendiri.

Barakalllah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Psiko Seorang Gadis | Buruk sangat ke lelaki pantai timur?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi masa tengah facebook walking ke acc The Red Warriors Malaysia tetiba terbaca tentang seorang awek ni yang tengah meroyan, meraban......meraban bagai kat facebook dan twitter dia.





Abg long ingat lelaki Kelantan je di blame, lelaki Terengganu pun dia haktuih sama. Abg long pun tak pasti kenapa ada juga spesis kaum hawa yang berpendirian seperti beliau. Kontot akai. Ke dia tengah psiko lelaki2 yang dimaksudkan? Buruk sangat ke lelaki pantai timur? Apa masalah beliau sebetuinya? 

Beliau tahu ke idak yang jodoh, pertemuan, ajal maut itu kan rahsia Tuhan.....Atau disebabkan nafsu amarah dan ketidakpuasan merah sekeping hati terhadap tragedi lalu maka beliau keluarkan statment yang bukan sahaja boleh menguris hati serta perasaan kaum lelaki di negeri pantai timur (Kelantan dan Terangganu) tapi juga seluruh kaum ibu yang telah melahirkan lelaki di negeri2 berkenaan.

Kot ya pun nak naik cepat dik, jangan la buat statment merapu macam gini. Setahu abg long, tak semua orang lelaki Kelantan dan Terengganu itu tak baik. Dan bukan semua lelaki negeri lain itu baik. 

Ini la yang selalu abg long duk pesan, "Kerana pulut santan binasa, kerana kontot akai merapu kat twitter dan facebook maruah tergadai"

Kepada angpa yang perempuan2 dari Kelantan dan Terengganu tak rasa tercabaq ka dengan 'haktuih' si Diana Bahijah ni? Kalau yang lelaki abg long gerenti tengah berapi dan berasap gila sekarang ni.

Kalau angpa terjah facebook dan twitter dia, jangan makin hamun pula. Nasihat la dia seeloknya. Mudah-mudahan dia kembali berpijak di bumi dan kembali ke jalan yang lurus serta diredhai.

Barakallah fiikum.


Photo:The Red Warriors Malaysia
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 29 December 2012

Majlis Menyambut Menantu


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi pi meraikan majlis menyambut menantu dan kenduri kesyukuran YB Dato' Haji Din Bin Adam (Adun Bukit Besi) & To' Puan Hajah Fatimah Binti Yasin di Bukit Besi, Dungun. 

Taniah buat YB Dato' sekeluarga abg long ucapkan atas kehadiran 'orang baru' ke dalam keluarga beliau. Semoga dengan kehadiran 'orang baru' keluarga YB Dato' akan bertambah bahagia.

Terima kasih juga diucapkan buat YB Dato' kerana sudi menjemput abg long.




SELAMAT PENGANTIN BARU  

MOHD KHAIRUL ANWAR BIN DIN 
NORDALILA BINTI MOHD ZAKI

SEMOGA BAHAGIA SELALU DAN KEKAL HINGGA JANNAH



Bersempena majlis pernikahan putera YB Dato' Haji Din Bin Adam & To' Puan Hajah Fatimah Binti Yasin abg long belanja semua pembaca dan pengembara BW sekalian dengan bidio klip yang tersangat sweet dan best ini untuk santai halwa mata serta telinga.


Barakallah fiikum.

Nota Diari: 
gambaq tak sempat nak snap berkoyan2 sebab manusia yang mai nak mententeramkan perut terlalu padat dan sendat. Berpeluh bawah ketiak abg long tadi. Kepala pun dah rasa pusing biung2 macam kipas helikopter. Terpaksa blah awal.  Jika angpa nak lihat gambaq kedua mempelai dengan lebih sedap sila layan facebook mereka. Angpa boleh tanya lebai google. sekian. wassalam.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Apa dah jadi dengan KFC?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi, seusai berurusan dengan Klinik Mamad, abg long membawa diri bersama geng 3R ke KFC Kuala Berang untuk mententeramkan abdomen usus kecil dan usus besaq.

Nawaitu nak tapau je memandangkan masa dah semakin tua. Namun, atas saranan dan permintaan RQB untuk menterkedarah kat situ maka plan A bertukar menjadi plan Z.

Ground floor boleh dikatakan full house tadi. Memang keramaian mahkluk Tuhan yang keluaq cari ayam goreng tadi. Mungkin masing2 balas dendam sebab tiga empat hari tak boleh keluaq rumah disebabkan banjir yang melanda baru2 ini.

Macam biasa kami cari port baik punya untuk aktiviti melahap daging ayam uncle rambut uban. Tempat paling cool dah tentu la berdekatan dengan sinki.....sebab tu cool.....HaHaHa....Angpa ingat cool pasai pa? Aircond? dah tentu la cool kan.....

Macam biasa la kan, sebelum makan dah tentu la sos didahulukan, straw diutamakan....terkedek-kedek la abg long pi kat rak yang dihuni segala mak nenek kat atas tu. Usya punya usya....seekor sos pun takdak...hampagas dah time tuh...Dalam kotak pikir, "mana sos nih? dah makin rabun kah aku sekarang ni...adoiii". Abg long kecik kan kornea, kot-kot dengan berbuat demikian abg long akan dapat melihat dimanakah bersembunyinya sos2 yang sepatutnya ada atas rak itu. Namun, hampa tetap duk ada.

Tanpa membuang masa yang sememangnya dah sedikit terbuang abg long terjah kaunter. Abg long bertanya la pada staf yang ada depan mata, "dik, sos ada?". "wei, sos ada tak? mana sos? abg customer ni tanya sos?". Sekali dia tanya member dia daaaaaaaaaaa.....

"abg, sos takdak. abg pi amik ja sos yang duk ada atas meja len yang ada tuh". cadang dan saran staf tersebut pada abg long.

Abg long pusing melihat ke arah table meja yang ada. "Mak aih, tak kan aku nak pi amik tang meja orang. Depa kan tengah duk makan. Kacau betul". Monolog abg long pada diri tika itu.

Demi untuk menjaga adab, kesopanan, kesusilaan dan kesweetan abg long. Makanya abg long suruh ja staf KFC tersebut pi amik dan hantaq kat table abg long and the geng. Masa salah seorang staf KFC pi amik sos kat meja tersebut, abg long tengok customer kat table tuh terkebil2 je bijik mata dia. Dalam hati mesti dia cakap "ahhh...tak dapat aku nak menikmati sos lebih".

Tika staf tersebut mai table, abg long tanya, "hai dik, tak kan KFC besaq gedabak sos pun takdak dan nak kena share?". Taw apa dia jawab, "Maaf bang, costing". Kat pala hotak abg long, "Apakejadahnya KFC mengamalkan costing. Sejak bila pula amalan sebegini berlaku?"

Abg long usya tengok la kat semua table. Kira botol yang duk ada. Peeerrrhhh....ada tiga botol sahaja. Dua botol sos cili dan satu botol sos thai duk ada. Mengarut betul KFC Kuala Berang ni. Cu angpa bayangkan, full house ground flour hanya dibekalkan tiga botol sos. Nasib baik straw depa tak suruh kongsi monsi juga. *tepuk dahi*....Tiap kali makan customer pay gov tax six percent apa....Time tu tadi rasa cam nak berlari je ke kedai runcit sebelah beli botol sos....HiHiHi...


Dalam pala hotak, "Apa dah jadi dengan KFC?".
Abg long dulu pun penah kerja fast food gak. Setiap hari kira dan check stock. Dah taw stock dah tinggal seciput 'orang yang bertanggungjawab' kena order la dengan warehouse lebih sikit. Jangan la berkira sangat dengan customer. Berniaga la dengan sweet.


Muka tengah keketatan 
Muka ceria setelah atom2 yang bergerak secara rawak
dalam perut dapat di tenteramkan.
Kalau ikut CHAMPS memang gagal la outlet KFC Kuala Berang ni tadi. Costing pun costing la labuuuuuuuuuuuuu...!!

Barakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.