Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 25 October 2011

Petua Murah Rezeki


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Dato Dr, Fadzilah kamsah penah berkata:


"Setiap pagi sedekah kan al-fatihah buat kedua ibu bapa mu (tidak kira masih hidup atau telah tiada)...InsyaAllah, pintu rezeki akan terbuka buat kamu"

Berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud: 
"Tidak akan putus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

  • Huraian hadis:
  1. Jangan sesekali meninggalkan doa buat kedua ibu bapa (baik yang masih ada mahupun yang telah tiada)
  2. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  3. Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  4. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  5. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
  • Kesimpulannya:
  1. Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  2. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
NOTA: 
Berusaha dan bertawakal.... rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… InsyaAllah
Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 23 October 2011

EGOIS


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua. Artikel yang hendak aku titipkan dibawah ini adalah dipercayai bahawa ia bermanfaat untuk kita semua. Renungkan sejenak adakah kita ini manusia yang ego. Semoga kita dihindari dari sifat mazmumah ini..Nauzubillahh....



TANDA-TANDA ORANG YANG EGO

1. Apabila diberi jawatan, rasa sangat seronok.
Mengapa perlu seronok? sesuatu jawatan itu adalah amanah yang wajib kita tunaikan dengan sebaik mungkin. Ingatlah, Orang yang tidak melaksanakan amanah yang diberi tidak tidak mendapat tempat di sisi Allah.

2. Jika tidak dilantik, rasa tidak senang.
Menjadi seorang yang berpangkat, bertambahlah tanggungjawabnya.

3. Jika dia seorang ketua - memberi arahan dengan kasar.
Mengapa perlu kasar? Ini akan menghilangkan rasa hormat orang bawahan terhadap kita. Seorang ketua haruslah tegas dalam segala hal, bukannya kasar.

4. Jika dia seorang pengikut - tidak taat.
Bila kita menjadi seorang pengikut, kita haruslah taat kepada perintahdan arahan Ketua kita selagi ia tidak melanggar hukum Allah.Ketua tersebut pula haruslah seorang seorang yang adil dalam semua hal.

5. Emosional.
Terlalu bertindak mengikut perasaan adalah tidak profesional dan terlalu mengikut nafsu. Bertindaklah mengikut akal.

6. Cepat marah.
Seorang yang kuat, bukanlah gagah di medan perang, tetapi mampu menahan rasa marahnya. Banyak banyaklah beristighfar jika marah hendak menguasai kita.

7. Bergaul dengan org bawahannya hanya untuk menonjolkan diri.
Seorang ketua haruslah bergaul dengan orang bawahannya untuk mengetahui perkembangan organisasi dan masalah yang dihadapi. Itulah yang seharusnya seorang ketua lakukan.

8. Sukar menerima pendapat org lain.
Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Kita tidak seharusnya menolak mentah-mentah pendapat orang lain, dengan menyangka bahawa pendapat kita lebih baik daripada mereka. Dengarlah pendapat orang, dan pilihlah yang terbaik.

9. Tidak suka jika orang lain beri pandangan.
Kenapa orang lain tak boleh memberi pandangan mereka? Adakah fikiran kita terlalu sempurna? Sehingga kita menutup fikiran kita terhadap pandangan orang lain.

10. Mencelah cakap orang dalam majlis.
Kerana kita merasa bahawa kita terlalu pandai dan orang lain tidak sehebat kita, patutkah kita memotong kata-kata orang ketika orang tersebut bercakap? Di mana kesopanan dan tatatertib kita sebagai seorang manusia yang bertamadun?

11. Tidak berdoa selepas solat.
Adakah kita boleh mencapai kehidupan yang baik tanpa meminta daripada Allah SWT? Jika kita sombong terhadap Allah, Allah pun tidak akan memandang kita sebagai hambanya yang beriman dan bertakwa.

12. Suka tinggikan suara.
Kita berasa hanya kita sahaja yang betul dan juga terbaik dalam semua perkara. kita beranggapan bahawa kita adalah terlalu sempurna hingga orang lain perlu mengetahui akannya.

13. Melengah-lengahkan Solat.
Kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini. Segerakanlah menunaikan Solat, selagi kita mempunyai masa untuk menunaikannya. 


NOTA
Apa pandangan para sahabat sekalian? Adakah ego itu sesuatu yang baik? Hindarkanlah sifat ego agar kita dapat mencipta hubungan yang baik sesama manusia dan juga kepada Allah SWT. 





Cinta Itu Pendamaian

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Dua orang pemuda bersahabat baik. Dari kecil hingga dewasa hubungan mereka begitu akrab sekali. Tiada apa yang membezakan mereka dalam persahabatan walaupun mereka berbeza darjat. Ini kisah persahabatan antara seorang pemuda A dan pemuda B. 

Pemuda A berasal dari keluarga berada, punya jawatan bagus dan berperwatakan menarik....pendek kata ia mempunyai pakej yang lenkap sebagai jejaka idaman Malaya. Pemuda B pula seorang jejaka yang biasa-biasa sahaja, cuma bekerja kampung untuk menjaga ibunya yang telah tua.

Kedua-duanya menaruh hati kepada seorang gadis yang sama ketika mereka sama-sama menuntut di salah sebuah universiti di utara sana. Masing-masing tidak mahu mengalah dan berundur diri. sehinggalah suatu hari mereka meminta si gadis memilih eorang daripada mereka berdua. Ternyata, pemuda A menjadi pilihan hati si gadis. Pemuda B berasa sungguh kecewa. Pemuda A  bersimpati dengan sahabatnya itu. Namun pemuda B hanya tersenyum dan menyatakan;

"Jangan kau risau. Tiada siapa yang tewas dalam kisah cinta ini. Cuma aku minta pesahabatan kita dihentikan seketika. Aku ingin merantau. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bertemu kembali dan persahabatan kita akan menjadi lebih kukuh".

Pemuda A terkejut dengan permintaan sahabatnya, namun dia tidak dapat menahan kehendak sahabat baiknya itu.

selang bertahun-tahun lamanya, pemuda A sedang bersia-siar di sebuah kompleks membeli-belah sewaktu rehat kerjanya, dia memasuki sebuah gedung barangan elektrik berjenama yang agak besar dan nampak mewah. Sedang dia melihat barang-barang di situ, dia ternampak seseorang yang seakan dikenalinya. seseorang yang telah lama dia tidak berjumpa dan amat merinduinya.

Dia cuba merapati lelaki itu sehinggalah akhirnya dia pasti bahawa lelaki itu adalah pemuda B, sahabat baiknya. Alangkah terkejutnya mereka berdua, tanpa diduga mereka bertemu semula. mereka saling bersalaman, berpelukan melepaskan rindu. Mereka bertanya khabar dan berbual mesra sambil menceritakan perihal masing-masing. 

Sedang mereka berbual rancak, terpancul pertanyaan dari pemuda A; " Bagaimana kau boleh mengecapi kehidupan yang begini hebat sekarang?".

Pemuda B hanya terenyum sambil mempelawa pemuda A masuk ke dalam pejabatnya. Pemuda B menjelaskan, "Semua ini adalah kerna cinta".

"Cinta?", tanya pemuda A kehairanan.

"Cinta pada siapa?", soalnya lagi.

"Cinta pada gadis yang telah menjadi milikmu sekarang", jawab pemuda B tenang.

"Tapi, bukankah kau telah kecewa kerana aku yang berjaya memilikinya?", tegas pemuda A pula.

Pemuda B membuka cerita. "Ya, betul. Kau berjaya memilikinya. Tapi cintaku padanya adalah sebuah cinta sejati. Tidak kerana aku gagal memilikinya maka cintaku terus padam. Malah aku telah membawa semangat dan obor cintaku itu dalam perjuangan hidupku selama ini. Aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupanku menjadi lebih berjaya. Dan di setiap detik hidupku, cintaku itu menjadi teman, dorongan dan semangat untukku. Disamping itu, cintaku padamu sebagai seorang sahabat dan cintaku pada Tuhan memberi aku kekuatan dan ketabahan."

Pemuda B berhenti berbicara. suasana hening seketika. Di wajah pemuda A ada raut kesayuan mengenangkan liku-liku kepayahan yang terpaksa ditempuhi oleh sahabat baiknya. Namun, disudut hati kecil dia bersyukur kerana sahabat baiknya itu tidak mendendaminya malah memesrainya tanpa ada apa-apa yang pernah berlaku diantara mereka.

Pemuda B memecahkan suasana yang sepi dengan menyambung kembali ceritanya. "Padaku cinta itu tidak semestinya bersatu tetapi sebagai tanda cinta itu benar-benar sejati, maka aku harus lakukan yang terbaik dalam hidupku sebagai membuktikan aku benar-benar menyintainya. Cinta yang sejati tidak menuntut kita ke jalan yang salah dan membawa kemusnahan dalam hidup. Kini aku telah mempunyai kerjaya yang bagus, aku juga telah mempunyai isteri dan anak-anak yang amat aku sayangi. Namun begitu, aku tak pernah lupakan cinta ku yang sejati itu....."


NOTA:
Sahabat2 ku, berakhirnya percintaan bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan. Cinta bukanlah hak milik tapi anugerah. Ssgghnya hidup ini terlalu pendek dan singkat untuk kita meratapi sesuatu perkara yang remeh dalam hidup kita. Andai kita tahu menilai 'anugerah' itu maka kita akan menjadi insan yang kuat, tabah dan redha atas segala ketentuanNYA. Dia tidak akan memberi kita bebanan dgn sesuatu yg kita tdk mampu utk kendong. Dia memberi kita sedikit ujian semata utk mlihat keutuhan merah sekeping hati kita serta memberi kita ruang utk mengenal diri kita serta kekuasaanNYA. 

Namun kita acap kali terjumpa, terlihat dan terbaca tentang kisah insan-insan yang tewas dalam percintaan yang mana mereka juga telah tewas dalam kehidupan mereka. Mereka meletakkan cinta mereka di tempat yang salah, membuat sesuatu yang salah.....juga beranggapan salah atas ujian yang telah bertandang datang melingkari kisah cinta mereka.

Sahabat2 ku, apabila kita melihat masalah sebagai kesempatan membangunkan diri, kita akan berfikiran positif.


Mutiara Hati

"Jika anda boleh bermimpi bermakna anda boleh melakukannya. Semuanya boleh menjadi nyata jika kita semangat untuk merealisasikannya" 
-WALT DISNEY-

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Mari Belajar Peribahasa Bola Sepak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari aku nak ajaq korang semua belajar peribahasa tentang bola sepak. Benda ni perlu supaya korang yang tengok bola tidak terkeliru dan sekurang2nya dapat la juga sedkit ilmu.



1-Stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun
2-Piala Liga Super di negeri orang, Piala Malaysia di negeri sendiri
3-Di mana padang di pijak, di situ bola di kontrol
4-Masuk stadium memekik, masuk padang menjerit
5-Sedikit-sedikit kad kuning, lama-lama jadi kad merah
6-Yang dikejar offside, yang dikendong out
7-Hendak seribu gol, taak hendak seribu bolos
8-Alang-alang mengsari lawan biar sampai dibuang padang
9-Carik-carik rumput dipadang, lama-lama padang rosak
10-Bagai pengadil lupakan wisel


NOTA:
~Piala Malaysia 2012~
Smalam Terengganu mnewaskn The Red Giant (bkn Giant hypermarket taw...ahaks3) 2-1. Terengganu menang dgn agregat 4-1....bmakna pasukan Ganu Kiter bjaya ke pentas final utk btemu ruasnya N.9 yg tlh mbenam adik kembo pasukan Terengganu iaitu T-Team bermodalkn 2-1.

Penyu tak menangis lagi.......Penyu mmg terbaeeeeeekkkkk!!! [sokong terpaksa]

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 18 October 2011

DAMBAAN CINTA

Oh Tuhan...
Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Untuk mencintai aku
Dan menghiasi nafasku
Untuk selamanya....


Oh Tuhan....
Tolonglah diriku
Untuk membuka pintu hatinya
Agar bisa aku warnai hidupnya
kini hingga akhir nyawa....


Oh Tuhan....
Tolonglah diriku
Sungguh aku merindui dia
Dijaga ku dan juga lena,
bila rindu menusuk kalbu ku....
pilu dan nyilu warnai aku


Tidak mahu lagi
Terus berpura 
Pada rasa yang aku punya
Hanya dia....yang bertakhta
Hanya dia....
dambaan seluruh rasa cinta 


dalam damai ada resah



AWAK DAN SAYA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

pernah tak korang hendapi situasi begini dalam percintaan?


awak manis - saya kelat
awak ramping - saya bulat
awak lampai - saya ketot
awak cumey - saya hudus
awak cerah - saya mendung
awak kaya - saya kayap


NOTA SENGAL:
well, dah kena sangat2 la tue untuk kita2 berpasangan....ini namanya SIFIR saling melengkapi


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 11 October 2011

Anugerah Tuhan

ISTIMEWA SEORANG WANITA.


anak & ibu - jalinan kasih nan suci
Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya, “Mengapa ibu menangis?”

“Kerana ibu seorang wanita”, kata si ibu kepadanya.

”saya tida mengerti”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, ”Dan kamu tidak akan pernah mengerti”

Kemudiaan anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, ”Mengapa ibu menangis tanpa alasan?”

”Semua wanita menangis tanpa beralasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecik itu akhirnya membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, namun dia tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Sudah melata dia mencari jawapan kepada persoalan hatinya, namun tetap juga buntu. Lantas dia bertanya kepada Tuhan, ”Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Tuhan berkata:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menapung dunia; Namun harus cukup lembut untuk memberikan kedamaian”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak-anaknya”

“Aku memberikannya keteguhan untuk membuatnya tetap utuh ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya”

“Aku memberinya kekuatan  untuk mendokong suaminya yang dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suazi yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi Madang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”

“Dan  akhirnya, Aku memberinya airmata untuk dititiskan ketika sedih mahupun waktu dia gembira. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila dia perlukan”

“Kau tahu……….Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, perhiasan yang ditampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana disitulah pintu hatinya – tempat dimana CINTA itu ada.

Di sejadah itu, pengakhiran kepada pencariannya.....pelahan-lahan dia bangun lantas melangkah ke kamar mandi untuk mengambil wujud, diluar sana sayut-sayut kedengaran suara azan subuh....selepas menunaikan solat sunat tadi rupanya dia telah terlelap.



NOTA:
Betapa hebat dan mulianya wanita disisi Allah swt. Tidakah kita menyedari akan kenyataan ini??. Bagi aku wanita adalah ’Anugerah Tuhan’ yang mahal harganya maha benar. Sebagai laki-laki, kita harus menghargai mereka apa adanya. Bagi aku, dunia tanpa mereka ibarat hidup tanpa cahaya.

Namun begitu, dewasa ini, kita sering dijamu serta dihidangkan dengan cerita-cerita yang sadis tentang ’Anugerah Tuhan’ ini.

Anak-anak masa kini berani berkelakuan biadap terhadap sang ibu tanpa menyedari hakikat sebuah kehidupan bahawa tanpa si ibu maka tiada kewujudan mereka ke dunia.

Betapa kita sering terdengar tentang ’Anugerah Tuhan’ ini yang sering dieksplotasi semata untuk kepentingan nafsu dan duniawi. Ada juga diantara mereka yang diperkosa lalu dibunuh dengan kejam, seolah-olah si pelakunya tidak pernah mempunyai seorang wanita dalam hidupnya hatta ibunya sendiri.


Apa yang paling menyedihkan ialah ’Anugerah Tuhan’ ini sendiri tidak pernah merasai akan keistimewaan yang Tuhan beri kepada mereka. Mereka hanyut dalam godaan dunia.



~istimewa~
--> Buat ibuku, terima kasih kerna mendidik aku dengan kesempurnaan dan ketabahanmu
--> Buat adik perempuanku, semoga kamu betah menjadi wanita ”Anugerah Tuhan”.....InsyaAllah..



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.