Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 29 September 2011

BALANG MAYONIS DAN DUA CAWAN KOPI


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

::Untuk renungan kita bersama::


Didalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri dihadapan dewan kuliah, meja hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dngan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.


Dia kemudiaan bertanya kepada para pelajarnya, adakah baling tersebut penuh dn pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam baling mayonis yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas mengoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong diantara bola-bola golf. Pelajar-pelajar beliau melihat penuh kehairanan, pelik dengan tingkah professor mereka. Sekali lagi dia bertanya akan pelajar-pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab ”ya!”.


Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi,dia bertanya lagi para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh tanda tanya, rata-rata pelajarnya menjawab ”ya!”.


Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiaannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah tersedia ada disisi bola golf, batu kelikir dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat diantara pasir. Para pelajarnya mula ketawa dan tersenyum melihat tindakan pelik profesor sebut.

“Sekarang…..”, profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

”Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda....”, kata profesor tersebut sementara menunggu reaksi dari pelajarnya. Suasana menjadi sunyi. Semua pelajarnya seakan-akan mula menjana pemikiran.

Lalu, profesor itu menyambung kembali tuturnya ”Bola-bola golf mewakili perkara penting. Contohnya, hal-hal spiritual (keagamaan), keluarga anda, anak-anak anda, kesihatan anda, teman-teman dan semangat anda. Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerjaya anda, rumah atau kereta anda...manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil”.

Para pelajar terkaku kelu tidak dapat menangkap dan memahami maksud yang hendak disampaikan oleh profesor mereka.

”Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu......anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.......”, profesor itu berhenti  berbicara seketika sambil menatap wajah para pelajarnya.

”Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti....anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu-iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir......”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi.


Sambil tersenyum profesor itu menjawab, ”Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..”

Oleh: Hamba Allah

NOTA:
Apabila kehidupan kita seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah ”Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini...”

Jadi, buat teman-teman ku sekalian, hello-hello la aku disini agar kita bisa untuk bersama menikmati enaknya air kopi.

Sekian. Wassalam.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Antara Dua Darjat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


BMW vs Rokok


antara dua darjat


~:: Kisah Cinta Eton & Mat (bukan nama samaran) ::~

Eton: Bi apsal isap rokok...kan bahaye...

Mat: Gile x isap rokok.....bahaye2 baru ade fight...hi3

Eton: Bi isap rokok ape?? sekotak bape???

Mat: Dunhill....10 hinggit...apsal??

Eton: Lau sehari 10 hinggit, lau seminggu dah 70 hinggit, lau sebulan cecah 2100 hinggit....setahun dah 766500 hinggit.

Mat: Pandai jgak awk ni maths ek. Kenape?? Saya bkn ade mintak duet awk pon beli rokok...

Eton:Memang la....Bi start rokok umo bape??

Mat: 15..

Eton: Sekarang umo Bi dah 20. 15-20=5. 5 x 766500 = 3832500 hinggit duet yg Bi bazirkan....lau simpan dah leh wat beli BMW tau x???

Mat: Awk isap rokok???

Eton: X lah..!!??

Mat: Abis, mana BMW awk??? xde kan???

Eton: Huuhhhhhh...(muke menyirap)

-harap maklum-


NOTA TAPAK KAKIKU:
waaaaaakakakakakahkahkahkahkah.....kui3.....gambaq kat bwh ni sedikit pesanan dari kepala lutut gua untuk lu orang semua.



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Kisah Pokok Epal

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal tersebut setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan buah epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu………budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-main di sekitar ku”, ajak pokok epal itu.

“aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau”, jawab budak remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya”, tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang engkau inginkan”.

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu berasa sedih.

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

“Marilah bermain-main di sekitar ku”, ajak pokok epal itu.

“Aku tidak ada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebgai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah engkau menolongku?”, tanya budak itu.

”Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi, kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya”, pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu juga tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Di suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

”Marilah bermain-main disekitar ku”, ajak pokok epal itu.

“Maafkan aku, tetapi akub bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main disekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malaangnya, aku tidak mempunyai bot. bolehkah engkau menolongku?”, Tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kao boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. kau akan dapat belayar dengan gembira”, cadang pokok epal itu.

Lalaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Tinggallah pokok epal dalam kesedihan.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia dtang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang penah bermain-main disekitar pokok epal itu suatu ketika dahulu.

“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati….”, kata pokok epal itu dengan nada pilu.

“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi…..aku berasa penat dan inginn berehat”, jawab lelaki tua itu.

“Jika begitu, beristirehatlah diperduku”, cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat diperdu pokok epal itu. Mereka berdua menangis kegembiraan.


Oleh: Hamba Allah


NOTA:
Cerita ini sengaja dipaparkan sedemikian rupa untuk mengajak para remaja berfikir tentang maksud tersirat disebalik cerita tersebut.  Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah perlambangan kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda atau keanak-anakan, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat dewasa, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalakan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu serta seorang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, itu hakikatnya bagaimana kebanyakkan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Kita jangan hanya menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun tapi hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa dan gembirakanlah setiap masa.

Kita boleh bergayut ditalian berjam-jam lamanya dengan kekasih kita tetapi untuk menelefon ibu bapa bertanya khabar mereka kita berkira. kita macam ibu  kucing kehilangan anak bila mengetahui kekasih kita jatuh sakit tetapi bila ibu bapa kita demam bagi kita itu lumrah kehidupan. kita boleh menyediakan apa sahaja kemahuan kekasih hati kita, tapi tidak untuk kedua orang tua kita. dengan kekasih bicara kita penuh kesopanan dan kesusilaan, tetapi...dengan kedua ibu bapa sanggup kita bantah tutur nasihat yg mereka berikan.

Semoga kisah ”Pokok Epal” ini tegar memberikan sesuatu untuk kita mengenal ’sesuatu’.

Sekian. Wassalam  

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 14 September 2011

Jatuh Cinta


JATUH CINTA (part one)

Assalamualaikum wrt buat semua penjenguk Diari Seorang Lelaki.


Sudah kian lama aku tidak titipkan sesuatu untuk kita kongsi disini. Kesibukan diri sebagai pendidik membataskan ruang masa untuk aku bercanda diblog ini. Mungkin juga ketandusan idea membuatkan blog ini sepi dan sunyi tanpa entri serta tidak dikemas kini.


JATUH CINTA, satu topik yang boleh mengundang alergik buat mereka yang egois serta tidak realistik tapi tidak buat orang-orang yang mempunyai jiwa dan berperasaan. Jatuh cinta……Bila? Siapa?  Dimana?  Bagaimana? Mengapa? Antara tanda tanya yang sering memburu merah sekeping hati yang kita miliki. Sebetulnya, cinta tidak perlu kepada banyak jawapan, cukup sekadar kita senang dan faham dengan apa yang kita punyai dalam hati.


Hakikatnya kita tidak tahu bila kita akan jatuh cinta, tetapi kita akan merasai keberadaannya bila hati kita kata kita senang dan selesa dengannya. Kita tidak tahu dengan siapa kita jatuh cinta sehingga kita merasai dunia ini kosong tanpa hadirnya dia. Kita tidak tahu dimana titik permulaan cinta kita…..apa yg kita tahu, rasa itu bagaikan pepohon merendang…..ia memberikan kita teduhan dan kedamaian. Sesungguhnya kita juga tidak tahu bagaimana cinta padanya wujud, tapi kita akan akui bahawa kita butuh mendakap gembira dan bahagia walau hanya dengan melihat seulas senyuman dan sirna pandangan yang mengasyikkan. Kita tidak tahu mengapa kita jatuh cinta sehingga kita ketemu luka bilamana kita tidak mampu untuk bernafas tanpanya.


Cinta tidak perlukan tawar menawar. Cinta juga tidak perlukan ketamakkan….  Sesungguhnya dalam percintaan tiada prasyarat…Bukankah dalam cinta, kita perlu banyak memberi dari menerima?  Cinta yang kita punyai bukanlah prasyarat untuk kita memiliki dia selamanya….mencintai seseorang yang kita suka tidak bermakna kita wajib menerima balasan cinta darinya juga.  Sebaliknya kita harus berbahagia kerana cinta terhadapnya butuh tumbuh dalam hati kita.


Kita sering membaca dan ketemu keadaan dimana kita seringkali disoal lantas kita perlu memberikan jawapan pada setiap persoalan. Kita sering ditanya mengapa kita butuh menjadikan dirinya pilihan cinta kita. Maka, kita akan menjadi seorang pencinta yang stereotaip setiap kali kita memberikan jawapan….. sedangkan kita yakin dan ketahui bahawasanya kita tidak perlu untuk memberikan sebarang ulasan kerana apa yang kita rasa dan apa yang kita punya terhadap dia bukanlah satu prasyarat yang harus kita hebohkan.

Nota: 
2 b kontinue......Bersambung la plak.......sowi my prens mengantuk sesgt dah ni. mata pn dah mcm mata garfield (@___@). x sempat nak make up2. law de yg mike x fhm, nnt mike bt2 fhm je la ek. teman udah x mampu nk btahan, bantal dan tilam tgh calling2...maydey...maydey....maydey.....harap2 malam ni dapat mimpi kamo ketat2. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday 9 September 2011

Bintang



KALA RINDU RENYAI DIKALBU


Dalam jutaan bintang bertaburan
Ku intai kerdipan sirna mu....
Bila malam bertandang datang
Rindu dikalbu selamanya untukmu.


Takdir dan waktu jua penentu,
Bintang itu selamanya bukan milikku....
Tiada lagi betah mewarnai
Merah sekeping hati lelaki ini.


Bintang kau pergi ketentuan Ilahi,
Tiada daya untuk ku menghadangi.....
Kenangan tetap milik kita untuk selamanya,
Biar pun kita tak bersama.


Nota:
Lagu ni mengingatkan aku kepada seraut wajah, sebaris nama....secebis kenangan. [mood:layan blues]

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.