Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 25 May 2011

Fatamorgana Diri

kita sering kali mencari makna diri....

disakiti dan menyakiti

menyalah dan dipersalah
dilukai dan melukai


kita betah tertacap dipintu itu....

mencari yang pasti pada fatamorgana diri
sedangkan kita tahu,
kita tidak lagi punya waktu


aku...kau...dia dan mereka

insan besar jiwanya,
detik masa bisa buat kita leka, lupa dan alpa
sebuah perjanjian yang pernah terpatri 'disana' 

Tuesday 17 May 2011

Tidak Masuk Syurga Walau Beribadat 500 Tahun


Dari Jabir r.a, berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah S.A.W katanya: Wahai Muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai Nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 hasta kali 30 hasta dan di sekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.

Dan di situ Allah S.W.T mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit serta Allah S.W.T juga telah menghidupkan sepohon pokok delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya. Setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah S.W.T supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh bumi atau apa-apa sahaja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah S.W.T pun menerima permintaannya.

Berkatalah malaikat lagi: Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud. Kami mendapat dalam ilmu bahawa dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah S.W.T. Lalu Allah S.W.T menyuruh malaikat, “Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku”. Maka orang itu berkata: “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah S.W.T menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang telah dibuat hamba itu selama 500 tahun telah habis dihitung hanya dengan sebelah mata sahaja, yakni nikmat penglihatan yang Allah S.W.T berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah S.W.T berfirman: “Masukkanlah dia ke ke dalam neraka”. Apabila dia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu”. Lalu Allah S.W.T berfirman kepada malaikat: “Bawakan dia ke mari”. Kemudian Allah S.W.T bertanya kepada hambanya itu: “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada?”. Lalu hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah”. Kemudian Allah S.W.T bertanya lagi: “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?” Jawab hamba itu: “Ya Allah, dengan rahmatMu”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”. Jawab hamba itu: ” Engkau ya Allah”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang menempatkan kamu di atas bukit yang ditengah-tengah lautan. Dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin. Serta siapakah yang menumbuhkan sepohon pokok delima yang mengeluarkan sebiji buah delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali, lalu kamu meminta supaya Aku mematikan kamu dalam keadaan sujud, jadi siapakah yang berbuat semua itu?”

Lalu orang itu berkata: “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukannya”. Allah S.W.T berfirman: “Maka semua itu adalah dengan rahmatKu dan kini Aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatKu”. Maka malaikat Jibrail berkata: “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah S.W.T”.

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah S.W.T berikat kepada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah S.W.T sebaliknya mohonlah dengan rahmatNya. Sebab hanya dengan rahmat Allah S.W.T sahajalah seseorang itu dapat memasuki syurgaNya.

Apabila kita memohon doa kepada Allah S.W.T supaya kita dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka mintalah supaya Allah S.W.T memasukkan kita dengan rahmatNya ke dalam syurga Firdaus.

RENUNGAN BERSAMA.
Barang siapa yang menginginkan pelindung, 
maka Allah cukup baginya. 

Barang siapa yang menginginkan teladan, 
maka Rasulullah cukup baginya.

Barang siapa yang menginginkan pedoman hidup, 
maka Al-Quran cukup baginya.

Barang siapa yang menginginkan peringatan, 
maka kematian cukup baginya.

Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, 
maka neraka cukup baginya

-selamat beramal-

Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™  
Terima kasih kerana sudi membaca

BERMONOLOG LAGI TIKA INI

Sepi dan sunyi aku benci...Ruang jiwa, kosong bagai tidak bernyawa. Masa bagai mempersenda...Diri sendirian sendiri...Bertamulah gundah, Di lingkarilah resah...Malam menghadiahi rindu tanpa jemu. Ia hadir mengisi waktu-waktu ku. Aku menjadi kaku dijalananku. Kembara rinduku, tiada arah untuk dituju. Tika itu, Infiniti melingkari diri...Mengacah kasih hati...Disini...disini....Aku menyendiri, Tanpa kamu disisi menemani. Betahkah untuk terusan begini, Sehingga segalanya terhenti....


Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Hati Nan Mendung

petang yang mega mendung: 

kebosanan membadai perasaan-menghempas pantai hati...menerbangkan diri ke kayangan halusinasi, jarum waktu yang berdetik laju seakan perlahan untuk seorang aku. Gerangan apakah gundah ini di jiwa..... membungkam sebuah rasa.....pada jalur-jalur kenangn yang kabur, ku cuba berpaut untuk berhibur.


Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Monolog Seorang Aku

‎Salahkah aku, mencintaimu.....Salahkah aku, merinduimu..... 

Berdosakah aku mempunyai 'rasa' anugerah Tuhan beri ini...


Mungkinkah nanti, kita betah berbagi 'rasa' yang sama....atau kita bukan sebahagian dari takdirNYA.


[Monolog]

Hati : aku masih belum dapat lupakan dia…
Akal : Yang sudah tu sudah lah…bunga bukan sekuntum
Hati : Bunga memang bukan sekuntum..tapi yang ini terbaik pernah aku jumpa
Akal : Tu alasan kau
Hati : Itu sebab dan alasan aku
Akal : Kau tahu kan..hubungan ini mustahil sejak dari awal lagi
Hati : Aku tahu.
Akal : Jadi kenapa kau teruskan?
Hati : Sebab aku percaya dihujung hubungan kami adalah sesuatu yang indah
Akal : Halangan itu terlalu besar buat kau. Banyak hati perlu kau jaga.
Hati : Aku tahu, dan kau pun tahu hubungan ini sebenarnya tidak ada masalah kan?
Akal : Aku tahu. Dan aku juga tahu, kalau diteruskanjuga… banyak hati akan terluka.
Hati : Apa perlu aku buat?
Akal : Ikut nasihat aku. Lupakan dia.
Hati : Aku tak mampu.
Akal : Kau boleh buat
Hati : Aku dah cuba. Tapi tak mampu. Dia terlalu baik..terlalu sempurna untuk aku. Dia tercipta untukku..dan aku tercipta untuknya..
Akal : Kau seksa diri sendiri
Hati : Aku tahu.
Akal : Kau gila
Hati : Memang aku gila..
Akal : Dan gila kau ni menyiksa dia sama kau tau tak. Kau ingat dia suka tengok kau sebegini?
[diam]
Akal : Terpulang pada kau. Sebagai pengimbang, aku akan terus perhatikan kau. Kalau kau terlalu jauh, aku akan hentak kau, supaya kau berpijak semula di minda nyata.
Hati : Terima kasih kawan. Kerana membiarkan aku terus menyintainya..
Akal : Kau memang gila…….
Hati : Aku tahu…….

Sepi Dalam Diri

Elok juga didatangi sepi, dapat sedikit ruang untuk melayan hati....Kadang2 penat juga memikirkan kehidupan yang dihadapan. Tidak salah berangan, namun yang menjadikan ia salah bila terlalu di awangan sampai terlupa memijak rerumput dibumi Tuhan. 



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Bila Hati Bermadah Cinta

Kepulanganku....mencari ruang teduh, agar rindu bisa segar... mengharumkan dunia kita. Kepulanganku.... Mengendong damai hati, bisa cinta tumbuhnya melata...tika diri gundah datang menyapa. Kepulangan pada pangkuan cintaku, bara kasih yang tiada terpadam oleh dingin waktu yang berdetik laju...Cinta itu miliki mu.

"Maafkan perkara-perkara yang kecil untuk sebuah jiwa yang besar". 


~KEJUJURAN~

Berpesan hati di suatu pagi...

Setiap apa yang kita lakukan biarlah beralaskan kejujuran kerna jujur itu penting dalam sebuah kehidupan...Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang, diselimuti kita dengan kehinaan



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

BAHAGIA TETAP ADA


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebetulnya dalam hidup ini kita bukan sahaja bergantungan pada diri sendiri dalam mengapai sesuatu yang kita impi...hakikatnya kita juga memerlukan insan lain dalam mendokong dan menyokong kehidupan kita. Kita tidak dapat berdiri dengan hanya satu kaki, walaupun mampu ia tidak sempurna dan tidak akan bertahan lama....begitu juga hidup ini, kita memerlukan insan lain dalam memimpin dan mewarnai hidup kita.

Memang hidup kita, kebahagiaan kita serta cita kita hanya kita yang berhak menentu akannya, namun perlu kita akui...harus kita sedari, bahwa hidup ini kita saling memerlukan satu sama lain....saling melengkapi......

Kita mampu mengapai sejalur pelangi bahagia andainya kita terus berusaha, berusaha tanpa mengenal erti berputus asa....sekiranya apa yang kita usaha tidak juga kita milikinya itu adalah ketentuan Ilahi sekadar menguji keteguhan sekeping merah hati.

Bahagia tetap ada, gembira pasti jua kan tiba.....cuma mungkin, keadaan dan dengan siapa kita meraikannya sahaja yang berbeda. DIA tidak akan membiarkan kita terumbang-ambing dalam pencarian, telah ditetapkannya buat kita namun kita yang harus berusaha mendapatkan bahagia dan gembira...DIA maha penyayang Lagi Maha mengasihani, dan sesungguhnya Qada dan QadarNYA adalah pasti.



Sekeping kad Seribu Makna


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Semalam aku dah ulas panjang lebar tentang peranan serta budi guru yang tidak ternilai harganya serta pandangan serong masyarakat terhadap profesion keguruan....Tapi hari ini tetap berkaitan dengan 'Hari Guru', cuma pendekatan yang lain pula. Hari ini, 16 Mei semua sekolah atau institusi pendidikan diseluruh negara akan menyambut Hari Guru. Tidak terkecuali SJKC BAN FOO, tempat dimana aku ditugaskan.


Apa yang menyentuh merah hati aku ialah tentang sekeping kad yang diberi oleh anak murid aku semasa disekolah tadi. Dalam keadaan persekitaran yang sering menyalahkan guru-guru serta sering mengaibkan kewibawaan guru-guru masih ada lagi ibu bapa yang mempunyai jiwa yang luhur serta menghargai jasa guru-guru kepada anaknya.

Alhamdulillah, aku tidak meminta penghormatan namun seorang ibu kepada murid aku telah mengutusi sekeping kad 'Hari Guru' kepada aku mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan serta tolenrasi aku dalam mendidik anaknya. Sememangnya kami para guru menyampaikan ilmu tanpa syarat, tekun dan sabar dalam meladeni anak-anak murid kami, kami tidak meminta di sanjung tinggi tapi cukup andai ianya di hargai.

Sememangnya mengajar di SJK bukan suatu tugas yang mudah, terlalu banyak cabarannya. Terutama hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia di SJK bukan seperti mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan. Mengajar Bahasa Malaysia di SJK memang mencabar, andai murid tidak faham maka bagaimana hendak memahamkan murid sedangkan bahasa ibunda mereka ialah Bahasa Cina. Ini berbeda dengan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan, seandainya murid-murid tidak faham, guru-guru boleh menjelaskan dalam bahasa Melayu atau menggunakan dwibahasa ketika mengajar. Tapi aku, ibarat ayam dengan itik sahaja lagaknya.

Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang serta memudarkan semangat aku untuk terus merenjis ilmu kepada anak-anak murid aku dan menanamkan rasa kecintaan mereka terhadap Bahasa Malaysia, supaya kelak mereka merasai semangat kepunyaan yang sama seperti rakan-rakan berbangsa Melayu mereka yang lain terhadap bahasa kebangsaan negara kita.

Hadiah paling bermakna sempena 'Hari Guru' utk aku ialah kejayaan anak-anak didik aku menguasai bahasa kebangsaan dan mencapai kejayaan cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

Bagi aku 'Hari Guru' bukan pada 16 Mei semata, setiap hari adalah hari guru. Kepada 'ibu' yang sudi menitipkan penghargaan terhadap jasa bakti aku untuk anak-anaknya ribuan terima kasih aku ucapkan kembali.

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

"SELAMAT HARI GURU" dan "TERIMA KASIH CIKGU"

p/s: 

utk bacaan yg lebih jelas pd kad tu korang klik je pada kad tu utk tumbesarannya...hi3....-selamat beramal-

MENGHARGAI MARAHNYA SEORANG GURU


Tanggal 16 Mei seperti biasa diseluruh Malaysia ia akan diraikan. Baik kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun golongan tua. 16 Mei telah dipilih sebagai meraikan jasa guru yang banyak berjasa kepada kemajuan dan transformasi warganya. Dan aku juga tidak terkecuali untuk meraikannya kerana aku adalah sebahagian dari mereka (Guru Malaysia).

Sempena cuti Hari Pekerja yang lalu aku pulang ke kampung, secara kebetulan ketika berkujung ke pasar untuk untuk mrmbeli barangan yang di pesan oleh emak, aku terpandang seraut wajah dan sesosok badan yang pernah aku kenali dan penah hadir di zaman kanak-kanak ku. Aku amati sosok itu, maklumlah sudah agak lama tidak berjumpa. Badannya yang suatu ketika dahulu berisi kini sedikit kurus serta rambutnya yang hitam berkilat tersisir rapi suatu ketika dahulu kini ditumbuhi keputihan uban membuatkan aku hampir-hampir tidak mengenalinya. Setelah aku yakin dan pasti, ternyata dialah salah seorang guru aku yang mengajar matematik ketika aku berada di darjah lima dan enam dahulu.

Ketika itu juga, memori aku ligat memutar rakaman kenangan zaman aku masih di bangku sekolah rendah dahulu. Dia sememangnya guru yang cukup aku senangi dan geruni. Begitu juga dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Cara dia mengajar cukup bagus. Ketegasannya mendidik juga teringat sehingga kini. Waktu itu zaman 90-an, matapelajaran matematik diajar dalam bahasa ibunda, bahasa Melayu yang amat aku banggai. Jadi, ia lebih memudahkan para pelajar memahami apa yang diajar oleh guru.

Menyedari dirinya disapa, guru aku itu segera berpaling kearah ku. Setelah bertentang mata, aku menyalaminya. Kami lalu berbual. Untuk tidak melepaskan peluang atas pertemuan yang tidak dirancang itu aku menyantuni guru aku untuk membasahkan tekak digerai yang tidak jauh dari situ. Kami mencuri masa masing-masing yang ada untuk berbual mesra. Banyak perkara yang kami bualkan dan banyak juga nasihat yang dia beri untuk pandu arah hidup aku dihari-hari mendatang. Guru aku itu masih lagi seperti dahulu, tidak lokek dalam memberi nasihat dan ilmu yang berguna. Dalam perbualan aku dengannya, aku dimaklumkan bahawa beliau telah lama meninggalkan alam pendidikan (bersara wajib), namun atas kecintaan beliau dalam merenjis ilmu kepada anak bangsa maka beliau telah membuka sebuah pusat tuisyen. Untuk pelajar-pelajar cemerlang dari keluarga miskin, guru aku itu tidak mengambil sesen pun wang sebagai bayaran yuran, malah dia memberikan perkhidmatan secara sukarela dan percuma.

Menyedari saya bekerja sebagai pendidik sama sepertinya suatu ketika dahulu, diakhir pertemuan kami itu, Cikgu Sobri tidak lupa mengingatkan aku agar menjadi guru yang baik, bertanggungjawab dan berdedikasi. Dia mengatakan bahawa cabaran kerjaya sebagai pendidik sekarang maha hebat berbanding ketika dizamannya. Aku hanya akui semua butir bicaranya. Memang aku sedang melalui dan menghadapinya kini.

Ia memang mengingatkan aku terhadap guru-guru ketika aku dibangku sekolah dulu. Setiap kali aku ke sekolah, guru-guru memang cukup ditakuti. Walau senakal mana pun murid ketika itu, rasa takut memang berbekas dihati. Mungkin masa itu aku budak lagi.rasa takut dan hormat kepada guru cukup tinggi. Macam-macam denda yang pernah kena sewaktu belajar disekolah rendah dahulu. Tapi, bila dikenangkan kembali saat ‘kemanisan’ itu, semua hukuman dan denda itu bukan dibuat secara suka-suka dan mengkhinzir buta tetapi pengajaran yang hasilnya akan kita kutip dihari depan. Kalau cikgu-cikgu tidak tegur dan denda atas salah silap kita, kemungkinan kita tidak akan kenal diri kita, kita tidak tahu untuk membezakan antara salah dan betul, mungkin tanpa denda dan hukuman dari cikgu sampai dihujung nyawa kita akan menjadi insan yang sentiasa melakukan kejahatan dan kesilapan. Cukup garangnya cikgu-cikgu waktu itu. Terasa salahnya sedikit tetapi amarah cikgu bukan kepalang.

Namun, tiada ibu bapa waktu itu yang cuba mencabar tugas guru. Tak ada guru kena serang oleh ibu bapa.Tetapi kini bermacam-macam cerita yang kita dengar dan lihat berlaku. Namun yang tragisnya guru atau cikgu tetap akan dipersalahkan oleh masyarakat dan kementerian. Sudahlah tugasan mendidik telah dibebani dengan kerja-kerja perkeranian. Disibukkan dengan kerja bukan sebagai seorang guru. Kadangkala, macam budak pejabat sekolah. Tetapi, guru-guru tetap dipersalahkan dan dikambing hitamkan. Semacam pengorbanan guru-guru tiada harga dan nilai. Rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan merendahkan guru.

Guru dulu rotan di tangan. Sikit salah, terus ditangankan. Pelajar dulu merah telinga, padam muka seperti sudah biasa. Tetapi tidak bagi pelajar-pelajar sekarang, jentik pun tidak boleh itu sebabnya mereka menjadi besar kepala. Macam mana guru-guru nak mendisiplinkan mereka. Akibatnya masalah sosial berleluasa, lalu memberi masalah pula kepada negara. Tidak ada guru yang akan menganiaya anak-anak pelajarnya, malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa. Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.

Semasa aku bersekolah dulu, abah sanggup ke sekolah berjumpa dengan guru semata-mata nak bagi lampu hijau untuk guru merotan aku dan mendenda aku sekiranya aku malas belajar dan membuat salah. Sampai begitu sekali abah ingin mendidik aku. Cuma abah minta cikgu yang mendenda dan menghukum aku tidak mematah riukkan anaknya. Sebab itu, kalau aku didenda atau dihukum oleh cikgu aku takut untuk suarakan kepada kedua ibu bapa aku bila tiba dirumah, takut dihukum pula oleh abah yang sememangnya tegas dengan disiplin tenteranya. Pendek kata, cikgu-cikgu memang tidak ada masalah untuk mendenda dan menghukum aku kiranya aku memang bersalah. Hukuman yang mereka beri pun bukan untuk suka-suka, tapi untuk mendidik aku menjadi manusia.

Namun, bila aku fikir-fikirkan lagi itulah peranan guru. Mereka bersungguh-sungguh dalam membentuk peribadi pelajarnya. Tiada perkataan jemu dan berputus asa dalam kamus hidup serta kerjaya mereka. Sampai sekarang aku masih ingat guru-guru yang mengajar disekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Aku tidak pasti relajar-pelajar sekarang masih boleh mengingati dan menghormati guru-guru mereka atau sebaliknya.

Ketika sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang, kata-kata penutup bicara Cikgu Sobri tergiang-giang ditelinga. “Dalam hidup ini jangan sekali-kali lupa kepada Allah. Apa pun yang kita lakukan dan kerjakan mestilah dengan kerana Allah. Niat itu pula mestilah selari dengan akhlak dan amalan-amalan kita sendiri yang semestinya berpijak atas landasan-Nya. Keikhlasan itu paling utama, dengan itu barulah hidup kita diberkati-Nya dunia akhirat”. Aku masih ingat, ketika aku menjadi pelajarnya dulu, kata-kata seperti itulah juga yang selalu diucapkan kepada kami di dalam kelas. ”Sebagai pelajar, kita mestilah belajar dengan kerana Allah. Dengan itu barulah ada keberkatannya”. Itulah antara kata biacaranya dahulu. Walaupun dia cikgu matematik, tetapi kadang-kala dia juga menjadi ustaz yang sering menyerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri kami pelajarnya. Kini setelah bersara, ternyata sikapnya tetap juga tidak berubah, pesanan baik-baik itu tetap tidak dilupakannya untuk diperdengarkan kembali ke telinga aku atau anak-anak bekas pelajarnya. Jika sudah guru, guru jugalah dia walaupun telah bersara.

Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu
“Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun untuk mengenang jasa mereka kepada kita.”Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara guru adalah penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan orang tua, akan celaka selamanya”. -Iman Ghazali-

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan “
Selamat Hari Guru” kepada Guru Malaysia. Jazakumullahu khairan kathiran buat semua guru formal dan informal. Terima kasih guru-guru yang pernah mengajar aku di sekolah rendah SK Kg. Chengal, disekolah menengah SMK Ketereh & SMK Vokasional Wakaf Tembusu, pensyarah-pensyarah di Universiti Sains Malaysia serta pensyarah-penyarah di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, Negeri Sembilan. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga kalian BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT senantiasa. Semoga kalian beroleh SyurgaNya!

Tanpamu guru, siapalah saya??? Terima kasih cikgu!


p/s: 
Entri ni aku xleh nk pos kat blogs aku sblom ni, jd aku dh pos kn kat wall facebook aku. Aku x tahu mengapa aku tak boleh postingkan kat blogs aku, mayb blogs aku majuk dengan aku sbb dh lama x update dan mjenguknya........so, agak tlewat la entri ni aku lepakkan kat cni. Tapi x kisah la kan, janji kita masih lagi boleh membaca dan menggali makna darinya. 
-selamat beramal-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.