Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 9 December 2010

WAJAH YANG BERWAJAH-WAJAH

KENALI KETUANAN MELAYU ALA UMNO


Oleh:Idris Ahmad

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.
Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan umno juara melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan melayu ala umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah umno sahaja yang mempertahankan ketuanan melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.
Sebenarnya ketuanan Melayu umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan melayu umno telah merugikan orang melayu, bukan mengangkat martabat melayu di negara ini.
  1. Ketuanan melayu umno menjadikan taraf hidup orang melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan melayu umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak
  2. Ketuanan melayu umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat di sekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?
  3. Ketuanan Melayu umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar umno. Sewaktu mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin umno yang hendak menegakkan ketuanan melayu ketika penyokong mereka dihalau.
  4. Ketuanan melayu umno menyebabkan orang melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.
  5. Ketuanan melayu umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan umno telah mengkhianat orang melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.
  6. Ketuanan melayu umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.
  7. Ketuanan melayu umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.
  8. Ketuanan melayu umno sehingga sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada umno.
  9. Ketuanan melayu umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh Profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday 7 December 2010

Satu Sekolah Untuk Semua



SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
  • Target: Untuk Mengadakan Satu Sistem Persekolahan di Malaysia
  • Sponsored by: Blog Demi Negara


Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta. Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran. 


Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir 
masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia, tiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.

Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.
Kami menyeru agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.

untuk bacaan lanjut sila layari:
http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua/








Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca


Rakyat Didahulukan???





Mrk (pmimpin UBN) masih buta mata aty.......tgk & dgr la ucapn mrk smasa konvensyen BN di bangunn MCA, jga xder langsung di sentuh atau dibincang ttg kmashalatn idup rkyt kesan knaikn rega petrol+diesel+gula+gas. xder pn kuar dr mulut manis mrk utk mdaulahkn
islam & mperkasakn melayu...yg ader hnya agenda mgekalkn kuasa, +mraban+mrapu+mroyan x tentu hala......budussssss.......mrk ada akai tpi x mau pakai.


Cba tgk di bwh lambang dacing tue, "Rakyat Didahulukan"....rkyt didahulu kena kan utk mnanggung sgala kbudusan dasar2 yg direncanakn mrk serta ketamakkn mrk pd dunia.....inilah bahananya bila perompak memimpin negara.


rkyt mderita tdk mgapa asal pmimpin idup selesa
rkyt sengsara tdk mgapa asal pmimpin idup gembira

rkyt merana tdk mgapa asal pmimpin idup bahagia

rkyt miskin hina tdk mgapa asal pmimpin idup kaya raya
rakyat idup mrempat tdk mgapa asal pmimpin pnya rumah sbesar istana

rkyt diminta ubah gaya idup ats knaikkn brg kperluan harian tpi pmimpin dan keluarga bmewahn tdk mgapa
rkyt diminta mlancong dlm negara tapi pmimpin dan keluarga mlancong ke luar negara tdk mgapa
rkyt diminta beli brgn buatn malaysia sbgai cinta akn negara tpi pmimpin dan keluarga bbangga dgn brgn luar negara tdk mgapa
rkyt diminta bkorban demi negara tapi pmimpin dan keluarga korban
kpentingan rkyt dan negara tdk mgapa
rkyt diminta eratkn perpaduan tapi pmimpin dan keluarga tiup api
pkauman tdk mgapa
pmimpin hnya pndai beretorik tpi rkyt skrg sdh rmai yg cerdik

pmimpin hnya suka mjual bicara tpi rkyt skrg sdh pandai mnilai harganya

p/s: SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH dan selamat berhijrah...smoga ada sinar sejahtera bt kita semua.

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Friday 3 December 2010

GENERASIKU




Mahasiswa dan anak muda telah mula disaluti keberanian
Mahasiswa dan anak muda jangan ada rasa ketakutan menyatakan kebenaran
Mahasiswa dan anak muda jangan ada rasa kekerdilan pada dunia penuh kebatilan
Mahasiswa dan anak muda tiang seri pada keadilan

Mahasiswa dan anak muda wajib di barisan hadapan
Mahasiswa dan anak muda pemecah ruyung membawa perubahan
Mahasiswa dan anak muda pembawa pembaharuan
Mahasiswa dan anak muda warisan pertiwi masa hadapan

Mahasiswa dan anak muda bukan kuda tunggangan kepartian
Mahasiswa dan anak muda tetap melawan walaupun tertawan
Mahasiswa dan anak muda peneraju Malaysia gemilang
Mahasiswa dan anak muda pejuang rakyat yang tidak didendang


Berita Pecah Kepala




















HARGA DIESEL MUNGKIN DISERAGAMKAN.


Jawatankuasa Bersama Bagi Membanteras Penyelewengan Diesel Bersubsidi sedang mengkaji kemungkinan diseragamkan harga bahan api untuk semua sektor bagi mengelak penyelewengan berterusan. -Berita-

p/s: baru2 ni pkataan 'penyelarasan' digunakan utk mwajarkn knaikkan rega bahan2 bakar, skrg guna pakai pkataan 'diseragamkan' pla.......Sggh indah madah bhelah pujangga perompak2 negara bile nk tipu MELAYU, cina, india serta seisi Malaysia. Lepas ni ade la suara2 nakal dr perompak2 negara yg cube mengcover line dgn mgatakn rega diesel kita lbih murah bbanding thailand, indonesia, jepun dan sbagainye. Jd disuruhlah rkyt 1Malaysia bsyukur, juga HARUS berterima kasih kpd pmimpin ats kecaknaan krajaan thadap pmslhn rkyt.........ahaks3.........

kerajaan UBN prihatin dan 'Juara Rakyat', kerajaan PR buat apa???....kui3......kah3........
Pabila harga diesel DISERAGAMKAN (baca; naik harga) maka hdk atau tidak, suka atau marah lepas ni rega brgn kperluan HARUS mlambung2. Jd, jgnlah kita mrh pd krajaan tapi mrh la pkedai2 + pborong2 + pengusaha2 + pgeluar2 ........krajaan hnya bleh pantau tapi krajaan xleh nk santau......hahahahahaha........ kahkahkahkah.......

Dimusim2 tengkujuh ni eloklah blatih 'ubah gaya hidup' yg disarankan oleh PM , moh kita sama2 mkn ubi kayu rebus cicah nyior mude+kopi 0 tanpa gule..........hik3.....kih3......
"1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
.......selamat beramal.........




Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday 1 December 2010

Petrol 0h Petrol
























HARGA PETROL NAIK LAGI

Harga petrol RON97 naik RM0.15 berkuatkuasa hari ini menjadikan harganya RM2.30. Sebulan yg lepas, 2 hari sbelum PRK Batu Sapi dan PRK Galas ia telah di naikkan sebanyak RM0.05. Taniah buat rakyat Malaysia amnya dan khususnya kpd para pdokong UMNO-BN. Slogan "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" benar2 dipratikkan oleh kerajaan 'Juara Rakyat'.

Sambil2 bsarapan bsama dgn pakcik2 di warung aku msg kwn2 aku yg duk mlata di kolumpo dan johor ttg berita 'panas' di pagi rabu yg dingin dek ujan yg x benti2. Aku bgt diaowg, inilah bahananya kalau perompak mjadi pmimpin negara.

Kawan aku yg duk kat kolumpo reply msg yg aku hantar, antara msgnye bbunyi begini; "relaks la bro....baru naik 15 sen. x kan nk kecoh2 kot. 15sen apalah sangat". Aku taw itu jwpn yg akan beliau beri sbb beliau seowg yg mmg kuat daki parti blambangkn keris (mercu tanda ketuanan melayu) dulu, kini dan selamanya. Itu apa yg beliau kata tetapi bila bsembang dgn pakcik2 di warung td sambil layan kopi panas dan nasi berlauk mmg ada nada kesal+cuak+terkilan dgn pkhbrn yg mjadi santapan halwa telinga mereka td.
Walaupun mereka tdk mggunakan petrol RON97 utk mghidupkn motor2 kapcai serta kereta 'antik' mereka yg berusia puluhan tahun yg badan kereta mgerutu mcm katak puru, akan tetapi yg menjadikan mereka keluh kesah adalah kelangsungan idup mereka di hari2 mdatang. Harga barangan kperluan pasti akan mningkat mdadak sdgkn kuasa membeli mereka adalah terhad.

Mmg tdk dinafikan keluh kesah pakcik2 tsebut ada kbenarannya, mereka tdk bkerja di opis2 bhawa dingin, mereka tdk memakai blazer serta tali leher yg mahal2....tdk juga memandu motorsikal enjin bkuasa tinggi serta memiliki kereta besar2 yg bjenama luar negara, mereka hnya mlakukn rutin harian sbagai petani, pnoreh getah dan kerja2 kampung seadanya. Income mereka bkn sperti org2 yg makan gaji baik di sektor kerajaan mahupun swasta yg cukup bulan cucuk kad maka boleh keluarkan duit. Dalam keadaan musim tengkujuh yg tiba kini mnambahkan kegundahan pakcik2 tersebut....sudah tentu pokok getah akan dicutikan dari pisau toreh, bagi mereka yg memiliki bendang padi wlpn skrg musim menuai namun berapa hinggit sgt pdapatn mereka bila jual padi basah kepada BERNAS atau pgilang. Perkhabaran kenaikan harga petrol hari ini btl2 menyentap kedamaian mereka dalam mgharungi musim tengkujuh yg ntah bila bkesudahan ini. Semoga Allah swt mberi kekuatan iman dan akal buat pakcik2 td dlm mgharungi kpayahn yg bakal btandang datang di kemudian hari.

15 sen mgkn tdk bernilai bagi aku dan kamu (yg mbaca artikel ini). Namun begitu, bagi rakyat yg idupnya ibarat kais pagi makan petang, kais petang makan malam 1sen pun amat berharga dan bernilai bagi mereka.

Jadi, kepada rakan2 yg reply msg "15sen apalah sangat" tolonglah muhasabah diri.....dan Lu pikir la sendiri......selamat beramal..........


Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.