Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 27 October 2010

KISAH DUA ORANG HANTU


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Tersebutlah kisah dua orang hantu, Pocong dan Polong . Mereka ini baru berkenalan, baru kenal di facebook. Maka mereka membuat satu temujanji disuatu hari yang indah untuk bertemu mata......Di malam jumaat keliwon mereka pun bertemu, lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu Pocong ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, Hantu Polong yang kehairanan ni pun bertanya, "Apa pasai hang ni asyik menggigil je?".

"Oh......cara aku mati dulu teruk.....aku mati dalam peti ais...sejuk!!!" Jawab Hantu Pocong sambil menggigil lagi.
"Ooo.....kesian......aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu Polong ramah.



"Hang memang pengidap sakit jantung kronik ye?Apsal hang tak pi buat operation? Kalau tak, sure hang tengah lepak-lepak ngan family hang sekarang sambil makan ayam kentaki." Balas Hantu Pocong.


"Dah,aku dah buat dah!! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya ..." jawab Hantu Polong sayu.

"Cerita la sikit.....Sambil sambil lepak nih..Ne tau aku leh amik iktibar dari story hang yg sadis tu". kata Hantu Pocong pada Hantu Polong.
"Camni......Aku syak isteri aku main kayu golf ngan aku. Eh silap, terbuat lawak kampus universiti plak... hi3......main kayu tiga sebetuinya.....So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura2 pi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sambil isap cerut sebab nak cari masa sesuai tahap bestan untuk tangkap diorang." cerita Hantu Polong dengan panjang dan lebar."So, hang dapat la tangkap diorang erk?" tanya Hantu Pocong penuh minat.



"Tak. Aku cuma jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut jantan kat pintu umah aku. Aku tanyer isteri aku tapi dia takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak cari jantan tu. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tu, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku boleh mati lak..." kata Hantu Polong mengakhiri cerita sadisnya dengan berlinangan air mata dan air idung.

Hantu Pocong terdiam mendengarkan cerita Hantu Polong.

Selepas beberapa ketika, Hantu Pocong berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Sekian. -TAMAT SUDAH- 



[Pencinta Penulisan]

**Moral of story: jangan jadi hantu masa hidup kat planet bumi ini......selamat beramal...ahaks3.....Ini hantu bukan aku yang bela......Ini hantu Ahmad Albab yang punya...hihihi...hakhakhak 

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

"Aku Cinta Padamu"



Katakan: "Aku Cinta Padamu"

Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti dilafazkan melalui kata-kata, perbuatan dan kelakuan. Asas kepada penzahiran ini adalah hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kita memberitahu seseorang apabila kita mengasihinya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Apabila seseorang itu kasih akan saudaranya maka beritahulah dia bahawa dia kasihkannya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Oleh itu kasih mempunyai pelbagai bentuk; kasih kerana Allah dan agama, kasih kerana kebaikan seseorang serta akhlaknya dan sebagainya. Dalam aspek rumahtangga, wujud kasih sayang dan cinta antara suami isteri. Ia perlu dizahirkan. Biasanya isteri lebih banyak dan pandai menzahirkannya. Suami pula biasanya kurang romantik dan kurang menzahirkannya. Walau bagaimanapun setiap pasangan harus memulakannya. Jangan hanya harap pasangan anda menzahirkannya sedangkan anda hanya diam membatu diri. Pepatah menyebut “THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET”. Di bawah ni sebahagian dari pengkongsian ilmu yang kita boleh ambil 'sesuatu' darinya.

Langkah Menzahirkan Cinta.
  1. Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan ‘abang, honey, darling, sayang,’ Suami pula memanggil isteri dengan panggilan ‘honey, darling, sayang,’ atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A’ishah dengan ‘Humairaa’ yang boleh diertikan ‘si merah jambu’. Elakkan panggilan ‘ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy’ dan seumpamanya. Elakkan ‘maknya, mama’ dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan ‘darling’ dan ‘sayang’ di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan ’pinggan dibaling senduk melayang’.
  2. Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A’ishah berkata: “Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar”. (Riwayat Bukhari)
  3. Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebagainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
  4. Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.
  5. Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
  6. Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai. Mulut murai, mulut ‘laser’ dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
  7. Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A’ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A’ishah dan menemaninya hingga A’ishah berasa jemu. A’ishah berkata yang bermaksud: “Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu...” (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
  8. Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
  9. Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai.....

Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

-Pencinta Penulisan-


Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Saturday 23 October 2010

Mengapa berteriak?? Hati Tidak Menjarak



Pada suatu pagi yang hening, seorang guru bertanya kepada murid-muridnya.

"Mengapa seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara yang kuat dan berteriak?".

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab.

“Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak”.

‘Tapi….” Guru bertanya balik, “lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logik. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.

Guru lalu berkata. “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin keras mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi”

Guru menjelaskan dengan lebih lanjut. “Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekali pun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali.

"Mengapa pula demikian?” Guru bertanya sambil memperhatikan murid-muridnya.

Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani bangun untuk memberikan jawapan.

“kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata tidak perlu mereka ucapakan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan”. Terang Guru tersebut

Guru masih meneruskan. “Ketika kamu dilanda kemarahan, janganlah hati mu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin disaat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu yang akan membantu kamu….”

Sekian. -TAMAT- 

[Pencinta Penulisan]

Nota:
Moral of story dari kisah di atas adalah, kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acapkali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.

Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Friday 22 October 2010

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini : -

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan seikhlas hati.
Sekian. -TAMAT-

[Pencinta Penulisan]

"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari. Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat....Puas kita menangis,mencari di mana matahari....Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

MANGKUK YANG CANTIK , MADU DAN SEHELAI RAMBUT




Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah. Putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Nota:
adat bersendikan hukum,hukum bersendikan syariat allah... syarak mengata, adat menurut... biar mati adat jangan mati syariat....



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Bersediakah Kita Bila Ajal Tiba



Malam dingin udara terasa menusuk. Air mata menitis, mengalir begitu saja. Mengingat kematian boleh hadir bila-bila saja. Bahkan bila Allah  SWT mentakdirkan detik ini kita meninggal dunia, maka detik ini juga kita meninggal dan kita tidak dapat menolaknya. Kita tidak bisa berbuat apa pun, sekalipun kita berlari ke hujung dunia, kematian tetap menjemput kita. Betah ia bertandang datang, tanpa salam......tanpa pesan

Rumah tiba-tiba penuh dengan tangisan. Anak-anak kita menangis. Pasangan hidup kita menangis. Orang tua kita menangis. Teman-teman, sahabat handai, rakan taulan, tetangga mereka semua yang menyayangi serta memusuhi menangis. Kita hanya bisa membisu, jasad kita dimandikan, dikafani, kemudian disolatkan. Selesai orang ramai menyolati kita buat pengakhiran, tubuh kita dimasukkan keranda. Diangkat dan disemadikan ke liang lahat. Diringi isak tangis orang-orang yang kita cintai.


Tubuh kita diturunkan diliang lahat seukuran tubuh kita. Dimiringkan ke arah kiblat. Ditutup dengan papan. Tinggallah diri kita dalam kegelapan, sendirian dan kesepian. Tiada seorang pun yang mahu menemani diri kita. Bahkan orang paling mencintai kita sekalipun pergi meninggalkan kita. Hanyalah amal kebaikan kita selama hidup di fana dunia yang sudi menemani kita. Amal kebaikan itulah yang menjadi bekal kita. Cahaya buat kita di dalam sana.....


Apabila nafas seseorang telah mendesak sampai dikerongkong dan dikatakan kepadaNya....'Siapakah yang dapat menyembuhkanmu?' dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dengan dunia telah tiba dan tautan betis kiri dan betis kanan. Kepada Tuhanmu-lah pada hari itu kamu dihalau.' (QS. al-Qiyamaah : 26-30).


Sudahkah kita siap siaga bila detik ini ajal tiba? atau kita masih lagi betah dengan keindahan dunia yang penuh kepalsuan semata..............Kita sering lupa, leka dan alpa dengan godaan dunia. Sesungguhnya kita tidak pernah sempurna, namun tidak salah kita berusaha menuju kesempurnaan.



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

10 Tabiat Merosakkan Otak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
- keterangan gambar - fungsi otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Sunday 17 October 2010

Hapuskan PTPTN

PTPTN barah yang membunuh dalam diam.........Belum abis study dah terbeban dengan hutang. Dalam masa 6 bulan setelah tamat pgajian, tuntutan bayaran balik akan di maklumkan kepada peminjam. Dapat keje ke tak, PTPTN peduli apa....Maka bermulalah intrest yang membeban......bulan berganti bulan, bulan bertukar tahun...tahun silih berganti.... sampai mati pun belum tentu langsai hutang tersebut......PTPTN merupakn satu penindasan secara halus terhadap rakyat jelata...

-Modes Operandi Terkini PTPTN-

Kepada sesiapa yang namanya kena naik mahkamah maka secara diktatornya PTPTN memaksa peminjam mengangkat sumpah membayar cas dari 4% kpd 8%. So, sekarang ni dah takder keje gila depa nak blacklist2 nama keluar negeri dah, sekarang ni depa tukar hukuman kepada peminjam dari 4% kpd 8%. Depa tau, kalau blacklist pun nama takder guna, bukan peminjam nak keluar negara pun... paling tidak pun buat ibadah haji, itu pun tak tau bila pergi nya.....PTPTN memang TERlampau....lintah darat+setan gondol+yahudi+firaun+israel.

Terbaru mereka akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat potongan terus dari gaji yang diperolehi. Persoalannya, adilkah praktikal sebegini kepada semua peminjamnya??? Bagaimana dengan peminjam yang tiada mempunyai pekerjaan, bagaimana pemotongan yg hendak PTPTN lakukan terhadap mereka??


Tak sepatutnya rakyat (pelajar) terbeban dengan intrest yang PTPTN kenakan...Bukankah rakyat berhak mendapat pendidikan yang sempurna dan percuma dari negara yang kaya hasil buminya?

Oleh itu, aku berpesan pada diri aku serta khalayak sekalian, gunakan kuasa yang ditangan sebaiknya......mahukah kita terusan berada dalam keadan tersepit, terhimpit dan terkepit hanya kerana ketidaksanggupan kita untuk mengubahnya?? sampai bila??? adakah kita mahu anak cucu kita juga melalui kepayahan yang kita tempohi hari ini??? Ayuh semua, selamatkan Malaysia.....

"TIADA YANG BAKAL BERUBAH JIKA DIRI TIDAK MERUBAH"

Bersama Mereformasikan Minda





Sharing is caring.....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Saturday 16 October 2010

Aku Tak Mengerti Hatiku

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kau yang ku rindu
Kau yang mengusik sukma ku
Tiap waktu tiada jemu aku terus merindu
Kau yang aku puja....
Kau yang senantiasa aku damba
Dijaga dan dilena..


Aku tak mengerti hatiku
Aku tak fahami cintaku....
Andai kau terima impian ku ini
Kan ku hiasi hari mu dengan gembira
Janjiku....kau tak akan ku persia
Bagiku, kaulah segala.....
Tiada bandingan seisi dunia
Aku bahagia bila kau ada bersama....
Ceria bak camar terbang di awan sana

Tiada lagi yang ku angankan
Hanya dirimu seorang....
Temani aku hingga ke akhiran
Kehidupan yang dipinjamkan...



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

MUNGKIN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mungkin kita selama ini sering merahsiakan hati
Mungkin kita takut menghadapi realiti
Kita tidak tegar rindu ini mencium wangi
Butuh kita biar sahaja cinta itu permisi dari mendekati

Kita mungkin punya cinta
Tapi kita betah buat cinta terbias nestapa
Kita mungkin punya cinta
Tapi kita betah buat cinta tidak berwarna

Kita mungkin punya cinta
Tapi kita seringkali betah buat cinta tiada lagi sempurna

Aku dan kamu bertemu dalam ruang waktu
Namun aku dan kamu tidak menjadi satu
Kita keliru pada jalanan yang hendak dituju
Pantas kita membiarkan semua milik kita berlalu
Kita tegar mendakap pilu
Kita tegar mengundang sendu

Terkerat ukhuwah kita oleh pisau waktu

Mungkinkah ini yang terakhir

Mungkinkah ini yang dikatakan takdir
Engkau dan aku
Bertemu dan berpisah atas anugerahNYA



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 14 October 2010

Bicara Pada Sekeping Hati

Sesungguhnya, kita tegar memutuskan ukhuwah yang terjalin semata kerna kita tidak lagi mampu menerima takdirNYA....Mengapa harus kita mencipta sengketa jika kita betah memeluk damai yang ada, Mengapa kita perlu berduka andai kita berhak untuk mengecapi gembira....Jangan kata perpisahan yang kamu pinta sekiranya kamu masih mahu mencuba...Kita tidak pernah sempurna, namun jadikanlah kehadiran kita agar kehidupan orang lain lebih bermakna..


Wednesday 13 October 2010

Dia

Bagi aku, cukuplah kiranya 'dia' mengetahui serta mengerti apa yang tumbuh di hati lelaki aku ini.....tegar aku untuk tidak memiliki kerna bagi aku 'rasa' ini adalah anugerah ilahi......aku syukuri dengan apa yang aku punyai.....apa yang telah aku rasai....apa yang tumbuh dihati ini....akhirnya 'dia' pergi jua, tanpa salam tanpa pesan..........meninggalkan segugus kerinduan buat aku seorang teman.....



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

BILA HATI BERSUARA

Kita mungkin tersilap jangka, masa sesungguhnya bukan milik kita....Kamu tidak perlu menjadi sempurna, tetapi cukuplah sekiranya kehadiran kamu bisa membuatkan hari-hari yang aku lalui menjadi sempurna dan bermakna, kerna......kamu lebih dari sempurna dimata hatiku......kau tercipta sempurna..... dan....bagi aku, cukuplah kiranya... kamu mengetahui serta mengerti apa yang tumbuh di merah hati ini.....tegar aku untuk tidak memiliki kerna bagi ku 'rasa' ini adalah anugerah ilahi....Aku gembira dengan perasaan ini walaupun ia tidak dapat kita kongsi.......

Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

BILA HATI BERSUARA

Jatuh Cinta pada kamu

.....kejatuhan yg bagaimana lagi harus aku persembahkan semata-mata untuk mengertikan merah sekeping hatimu...??

Aku tidak mampu menjanjikan bulan bintang...juga tidak mampu utk berikan kamu selautan pengharapan. Aku tak mampu sediakan emas berlian, juga tak mampu beri kamu mahligai penuh kehebatan, Tapi.....aku ada hati yg kecil untuk kamu diami disitu.

Aku tahu aku tidak pandai jaga diri aku sendiri tetapi aku berjanji selagi ada nafas pada diri ini, aku akan warnakan hari-harimu dengan gembira dan ceria...


Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Thursday 7 October 2010

Secebis Memori

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


Kamu, aku hanya mampu melihat namun tidak mendekat..... Kamu dan aku sering kali bersua, namun antara kita tiada lagi ruang untuk bicara....Kamu dan aku dipisah oleh pisau waktu, dan ruang tidak pernah memberi kita peluang untuk berdada lapang. Ukhuwah kita anugerah Ilahi......mugkinkah juga, ia berakhir begini, betah menjadi secebis memori....indah dan menyakitkan buat merah hati..

HUJAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hujan....
Hadir menyirami seisi bumi
Juga tempiasnya mengenai sekeping hati
Aku dijendela waktu yang berdetak laju
Merindu susuk wajahmu....
Sendu merindu
bagai bertahun dirimu tak ku temu


Hujan....
Menguatkan lagi ingatan
pada ceritera yang tak panjang,
Pada kenangan yang bagiku
ada lapis-lapis kemanisan,
Memori indah yang tak bisa aku lupakan...
Kemana sahaja aku bernafas
Ruang udaraku ada dirimu....




Hujan.....
Dinginnya melingkari diri
Rindu menyapa relung hati
Aku bagaikan Sang Arjuna yang mabuk pada asmara
Aku ingin mendakap rinduku pada sejalur kemesraanmu....

Hujan.....
Menyuburkan benih-benih rindu,
Menyegarkan ingatanku
padamu tiap waktu...


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 3 October 2010

Kisah Hati Batu

Hati Batu:Aku tak boleh janjikan bulan bintang...juga tak mampu untuk berikan mu selautan pengharapan. Tapi.....aku ada hati yang kecil untuk didiami.

Gadis Skuter: berapa semalam??

Hati Batu: Apa???

Gadis Skuter: Nak sewa..... :)


Hati Batu: Andai ia perlu di beri harga ternyata tiada wang atau harta yang boleh membayar untuknya. Cukuplah ia dibayar dengan keikhlasan...atas dasar mencari keredhaan Tuhan...


Nota:
ke mana menghilang gadis skuter itu setelah membawa merah sekeping hati jauh ke UK sana?

Saturday 2 October 2010

Ada Rindu Membara

Tidak perlu kamu memaksa dia menzahirkan cintanya. Kerna, di dihatinya telah tumbuh rindu yang mekar berbunga. Tidak perlu kamu pinta cinta darinya kerna cintanya untuk dirimu tetap ada....Tidak perlu kamu berasa kecewa andai kamu bukan pilihannya, kerna dimerah hatinya sememangnya ada dirimu bertakhta....Dihatinya, ada rindu yang membara...yang tak terucap dengan bicara....




Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 

Terima kasih kerana sudi membaca

Berakhir Sebuah Epik Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tiada ku sangka
Tiada ku duga
Begini berakhirnya sebuah episod cinta
Yang ada kini hanyalah kecewa dan air mata
Mengapa sanggup engkau berdusta
Pada diriku yang setia

Hinanya diriku dimatamu
Sehingga tergamak engkau melukakan aku
Dimana janji mu dulu
Ternyata kini semuanya palsu

Sampainya hatimu meninggalkan aku kesepian
Terkapai kelemasan dalam ombak kerinduan
Pastinya engkau disaat ini bahagia bersama si dia
Sedang aku diruang sepi ini menangis hiba hati terluka

Hati sayu bila mengenangkan
Bunga ku puja kini milik orang
Ku berdoa
Semoga engkau bahagia
Bersama si dia selamanya



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 1 October 2010

Hati Bersuara

Bila Hati Bicara Pada Diri

Orang yang mencintai kamu tidak mampu memberikan alasan yang wajar kenapa dia mencintai dirimu. Yang dia tahu, dihati dan setiap hela nafasnya hanya ada kamu satu-satunya. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih hati, dia tidak peduli...Bagi dirinya, sudah memadai andai cinta tumbuh dihatinya. Baginya yang penting kamu bahagia dan gembira sentiasa walau bukan bersama untuk dirinya.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.