AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 29 July 2010

[J]asa [B]onda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Secara tidak sengaja tetiba mp3 aku memutarkan lagu Jasa Bonda, sudah lama halwa telinga aku tidak disimbahi dengan irama lagu Jasa bonda...sudah lama minda aku tidak di basahi dengan senikatanya. Tetiba ingatan aku menerawang pada seraut wajah usang, rambut hitam yang kian ditumbuhi uban.....tingkah yang semakin pelahan, susuk yang kian dimamah zaman. Seraut wajah itu menerawang ditadbir minda, terus meresap ke dalam jiwa. Rintik-rintik hujan yang bertandang menguatkan lagi kerinduan.......
Emak......tidak pernah bersunggut tetang lelahnya dia meladeni karenah kami adik beradik, Emak tidak pernah mengeluh atas kepayahannya menjaga kami dari kecil hingga kami mengijak dewasa....walau kini kami berjaya, tidak pernah Emak mengungkit-bangkit segala. Emak tetap dengan rutin tanggungjawabnya....Dari saat awal mengandungkan kami hinggalah sanggup bertarung dengan nyawa sendiri, Demi melahirkan seorang bayi...iaitu kami,anak-anaknya yang Emak cintai. Namun, tiada segaris pun penyesalan dilembut wajahnya. Bukan sedikit manis yang perlu Emak pertaruhkan, Walau seribu satu kepayahan dihadapan, Semua dilakukan kerna kasih dan sayang, atas nama kecintaan.
Emak akan susah hati bila tengk kami anak-anaknya dalam kepayahan, tika kami bersedih Emak turut berkongsi kesedihan......Emak gembira bila tengok anak-anaknya berjaya. Emak tidak pernah lupa setiap makanan kegemaran anak-anaknya, apbila pulang ke desa masakan Emak sudah terhidang di meja....itulah Emak. Pergorbanan Emak untuk anak-anak terlalu mahal harganya maha benar, tiada termampu untuk aku bayar walau dgn segunung emas permata yg berharga di dunia.
Aku sering menyoal pada diri, bertanya pada hati......bagaimanakah hari-hari nanti tanpa Emak disisi. Tertib bicara, lembut nasihatnya......hanya pesanan menjadi pusaka. Walaupun kini aku punyai kerjaya gajinya beribu, namun nak bayar jasa Emak ternyata aku tak mampu......sungguh aku tak mampu........sungguh...
Dewasa ini semakin ramai antara kita yang meremehkan ibubapa, melupai pengorbanan malah menderhakai mereka. Bukan setakat anak-anak remaja, semakin parah apabila orang yang kita anggap dewasa yang telah beranak pinak dan berumahtangga juga berperangai Iblis durjana. 
Ada antara kita menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk pulang menjenguk orang tua. Seringkali kepentingan diri didahului, kesulitan ibubapa tidak kita peduli. Sedangkan ketika kita kecil ibubapa sanggup penuhi apa yang kita ingini, walau apa yang kita mahu sukar untuk mereka sediakan namu atas rasa kecintaan mereka cuba dapatkan.
Pernahkah kita terfikir.......kita sanggup bergayut dengan kekasih berjam lamanya, namun nak bertanya khabar ibu bapa walau seminit dua kita kedekut gila, kita berkira-kira. 
Tidak kita lupa tarikh lahir kekasih kita, yang peliknya kita tidak pernah hendak ambil tahu birthday ibu bapa kita apatah lagi nak mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' pada mereka. Kita tidak pernah sekali lupa bila hari valentine menjelma, tetapi tarikh anniversary mereka kita lupa. Bila dengar kekasih demam, kita kalut bagai nak gila.......Bila ibu bapa sakit, tanah dan harta dah terconggak di kepala. Dengan kekasih kita lembut sahaja bila bicara, dengan ibubapa sopan kita entah kemana.....sah-sah kita spesis anak durjana. Neraka la jawabnya.
Buat teman semua, Jika ibu bapa masih hidup, tunjukanlah mereka kasih sayang kita sepenuhnya kepada mereka, peluk dan ciumlah mereka, hormati dan taatilah mereka selagi tidak bercanggah dengan tuntutan agama. Sekiranya telah lama kita tidak berjumpa mereka, pulanglah kekampung jenguklah mereka sementara mereka masih ada.....jika ada kekusutan, leraikanlah....jika ada kekeruhan jernihkan ia kembali..... Bahagia dan gembirakanlah mereka tika mereka masih bernyawa. Untuk renungan bersama, Hari Ibu ialah hari Mother Church a.k.a Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut silakan. Siapa takut ROSAK AKIDAH jangan sambut. -Ustaz Azhar Idrus- Buat sahabat taulan, sambutan Hari Ibu mahupun Hari Bapa bukan pada tarikh2 tertentu saja. Bagi aku, setiap hari adalah hari untuk mereka. Setiap hari kita perlu meraikan mereka. Ikutlah syariat yang Islam telah gariskan buat kita.....InsyaAllah, kita dan mereka pasti kan bahagia.
Aku Memunajatkan Cinta buat Ayahanda dan Bonda;
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, kasihani mereka sepertimana mereka mengasihani kami, peliharalah mereka sepertimana mereka memelihara kami dari kami kecil sehinggalah kami dewasa. Anugerahilah ayahanda dan bonda kami kebahagian hidup di dunia mahupun diakhirat sana. Berikanlah mereka kesihatan yang baik agar mereka boleh menjalani ibadat kepadaMU dengan sempurna. Juga ku pohon padaMU ya Allah, tempatkanlah SyurgaMU buat mereka kelak.......Amin"
__________________________
Nota:
Bila bercakap dengan ibu bapa tatkala dibebani kesulitan dan kesukaran, walau berat macam mana sekali pun masalah yang melepak di kepala, kelak bagai air sungai jernih yang mengalir, segala bebanan yang dirasa seakan hilang begitu sahaja.
InsyaAllah, balik bercuti nanti nak buat kenduri doa selamat. Tanda terima kasih buat bonda dan ayahanda.

Thursday, 8 July 2010

Makna Seorang Teman


- Kita kan kawan...kenapa mau lawan?
Ada dua teman karib sedang dalam pengembaraan. Hitam dan Putih namanya. Ditengah perjalanan mereka bertengkar, Hitam tidak dapat menahan amarah kemudian mendorong Putih sampai terjatuh. Meski Putih sakit, Putih tidak melawan. Tanpa bertutur kata. Putih menulis di atas pepasir.


'Hari ini temanku mendorongku sampai jatuh'. 

Mereka lalu melanjutkan pengembaraan hingga menemui sebatang sungai untuk membersihkan badan. Namun ternyata sungai itu teramat dalam sehingga Putih hanyut dan nyaris tenggelam. Dengan penuh tekad Hitam terjun ke air walaupun Hitam tahu dia tidak pandai berenang dan bisa mengundang bahaya buat dirinya juga, namun itu semua tidak dihiraukan Hitam....Akhirannya Putih diselamatkan oleh Hitam, temannya. Ketika Putih kembali stabil dan rasa ketakutannya hilang Putih menulis disebuah batu. 
'Hari ini temanku menyelamatkan nyawaku'.

Melihat apa yang dilakukan Putih, Hitam terheran-heran dan bertanya, 'Kenapa waktu aku mendorongmu hingga terjatuh, kau menulis diatas pasir dan sekarang kau menulis diatas batu?'

Putih tersenyum dan menjawabnya, 'Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus luka dihati. Dan apabila diantara teman terjadi kebaikan sekecil apapun kita harus memahat diatas batu hati kita agar kita tetap mengenang, tidak hilang tertiup waktu."

Dua teman baik itu akhirnya tertawa bersama, bahagia menikmati pemandangan yang indah disetiap derap langkah. Ternyata antara Putih dan Hitam, mereka ditakdirkan untuk saling melengkapi, biarpun terkadang... tsunami kecil bertandang datang dalam perhubungan namun itu semua bukan penghalang mencipta tugu keakraban.

NOTA:
Moral kisah diatas adalah hidup ini kita seringkali berbeda pendapat dan sering berkonflik hanya kerana sudut pandang yang berbeda. Oleh itu, saling memaafkan dan melupakan masalah serta kesalahan orang lain akan membuat hidup kita menjadi bahagia dan kebaikan orang lain yang pernah dilakukan untuk kita menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita yang senantiasa tersimpan dalam hati tak terhapus oleh detik waktu yang bergerak laju. Itulah makna seorang teman.


Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, 1 July 2010

Ketat Jiwa Nan Lara



Anjing 0h Anjing


Tadi kol toyota tnyer rega repair bumper keta aku..pehhhhh.....beriban2 rega dia....ketat jer jiwa bla mana telinga mdengar pkhabarn sdemikian ghuper. 


ANJING pnyer anjing, nk lintas jln x tgk kiri kanan...keta aku jg yg ko sondol....siyal jer....aku br nk lyn blues dgn angin mderu mnerjah msk, alih2 gedegangggggg....mcicit ko mraung, nsib bek ajal ko pjg lg klu x bukan mati katak ag tapi dh tentu 'mati anjing' ko tgh jln mlm tu....


aku tgk dari cermin sisi thinjut2 ko ke tepi jln, kesian jg aku tgk ko time tu.....bkn aku x berperikebinatangan...aku nk cpt smpai jay bee jd aku mls nk benti, malas nk turun chek keadaan keta aku mlm tu...lau aku benti keta mlm tu bkn aku leh claim dgn ko pn, ko mna ader amik insurans...ko kan sekor anjing jer...aku hrp sakit ko rempuh bumper keta aku mlm tu sdrkn ko btapa plu nyer bhati2 ktika nk mlintas jln dikemudian ari...yg sadisnya beriban ag la RM aku mlayang terbang...siyal punyer anjing jlnn.....Ggggggggrrrrrrr!!!!


**sori la kengkawan....tkeluar dari tema pula contengan aku kali ini. saje jer nak menyahnitratkan jiwa yg sdg ketat.....hi3.. =)

Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™  
Terima kasih kerana sudi membaca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.