Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 29 June 2010

CINTA

- ada apa denga cinta?

Cinta bukan hak milik tapi satu anugerah....Cinta adalah memberi, berbagi rasa antara dua jiwa. Cinta itu indah dan berwarna..... 


Cinta, kehadirannya betah dinanti setiap insani dlm melayari kehidupan difana ini.


Cinta, terakam bersamanya 1001 satu rasa...... Anugerah Yang Maha Esa buat umat manusia.

Saturday 26 June 2010

Kenangan

Sesekali harus juga menoleh kebelakang, mungkin kita boleh kutip dari serpihan pengalaman yang pernah bertandang datang, untuk kita jadikan sempadan tika derap langkah kita hayun maju ke hadapan.
Mak aku pernah berbicara, "Abg....abg berhak untuk hidup bahagia walau sesekali tempias duka datang menerpa"

KENANGAN


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


Aku pernah jatuh cinta....ye ke jatuh cinta??? tahu ke aku apa itu cinta?? Ntah...aku sendiri tidak tahu. Namun apa yang aku pasti, 'rasa' itu mengalir disegenap alur darah ku, menyelinap ia pada setiap hela nafasku.....Saat beralih minit, minit berganti jam...jam bertukar hari....hari silih berganti, ia seakan tumbuh melata di sanubari....Rindu+sayang-kasih+rawan berbaur di dalam diri, gundah pun mengisi ruang hati andai insan yang dipuja menyepi diri.....Hidup tiba-tiba menjadi tidak keruan....Masa seakan mengalami sindromdown, lembab dan pelahan....Malam yang bertandang bagaikan satu bebanan, tidak sabar rasa hati menanti mentari pagi muncul lagi. 

Ye...aku juga juga seperti kalian....penah mendakap cinta, penah bahagia dan gembira...Tika itu, hidup seakan di warnai ceria......Dunia ini seolah bersadur gembira sepanjang masa....Ye, Aku penah mengharungi kepayahan untuk memenangi trofi merah hati kepunyaan 'Si Bidadari'.....Dengannya aku mengenali apa itu 'cinta'......Namun, tidak semua indah yang kita sulami dimimpi berakhir dengan realiti yg manisnya kita nikmati sepanjang hidup yang kita lalui.....Tuhan telah merencana segala buat hambanya. Cinta yang hidup dalam jiwa mati jua akhirnya.......... kerna janjiNYA, DIA betah menguji kita...Tidak penah aku sesali, tidak penah aku merasa rugi bila mana DIA menghadirkan rasa cinta dalam hati ini....Aku tahu DIA sedang merencanakan yang terbaik buat ku.....Aku ingin sekian kali merasai hadirnya cinta dalam hati, satu perasaan indah yang bisa melingkari diri....betah menghiasi-mewarnai hidup ini bak warna pelangi tika gerimis melatari. 

Aku ingin jatuh cinta semula, tetapi dimana tempatnya....Aku ingin sandarkan cinta, tetapi pada hati siapa.....Aku ingin meraikan cinta tetapi bagaimana hendak aku mula......Cinta....Cinta.....Cinta....Ye, cinta banyak merubah hidup aku.....menyahnitratkan oposisi aku terhadap perasaan halus dan berseni yang kita semua miliki......Cinta, ku tunggu hadirnya ia melatari hidupku semula.

Monday 21 June 2010

Aku Bermonolog Lagi

Ari ni dah bpijak dibumi selatan semula. Ketat jer perasaan nie. Misi seminggu dua yg lps bkesudahn dgn kgagalan. Xpe la, aku redha & pasrah dgn qada & qadarNYA. Mungkin ada hikmah tsembunyi (ayat memujuk diri sdiri tue..hu3). 

Settle urusan kemas mengemas umah+bilik pagi ni g jumpe doktor pakar kat HSI, minta di transfer rwtn aku ke HKB pla. Myb ini shj alasn TERBAIK aku utk kuar dari kedaerahan selatan ini. Kali ni aku nekad, biarlh bsusahn diawalan supaya lapang di ptghn & akhirn pjlnn. 

Pagi ni, bersarapankan buah salak & secawan kopi.....bertemankan laptop, aku bermonolog pada diri disini.


- Sepi seorang perindu

(◕‿◕)☆ ™
Terima kasih kerana sudi membaca

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.