Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 25 May 2010

Blues Untuk Aku

Aaarghhhh...sungguh pilu rasa hati....bila yang dinanti menyepi diri..benarkah akan kata hati..biarkn saja diri sepi...untuk mengerti dia kan mengingati.... 

iiiiiishhh..terasa juga merah hati...mungkinkah aku yang tak mengerti akan diri sendiri?? 

huuhuuuhuuu..... aku berdiam dan sendiri menunggu bicaranya mengutus rindu.....hanya menunggu dan terus mnunggu, walaupun terhentinya waktu itu untuk ku....

(◕‿◕)☆ ™
Terima kasih kerana sudi membaca

Cintai Aku


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Cintai aku sebelum aku dijemput kembali,
Cintai aku sementara aku bernafas lagi.

Cintai aku ketika kau dan aku betah berbicara,
Cintai aku dikala kau dan aku masih punyai rasa.

Cintai aku kerna aku juga mencintai kamu...

Ayuh kita bercinta,
Agar dunia ini bisa berwarna.
Ayuh kita bercinta,
Agar damai itu milik kita.

Berikan aku cintamu,
Dan milikilah cintaku...
Kita bersatu menjadi satu.



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

EGOIS





"Kekadang....Kita sengaja membiarkan diri dikuasai egois. Walapun hati sudah mula bersuara namun bibir pula tetap kelu seribu kata. Acap kali kita membiarkan 'rasa' itu berlalu tanpa arah tuju."

- cinta betah permisi bila hati terlalu egois


Friday 21 May 2010

MONOLOG AKU

Sekarang ni, hidup seakan sepi dan sunyi. Ntah mengapa rasa ini datang menyapa, mungkin mainan perasaan semata.......Elok juga begini, dapat sedikit ruang untuk melayan hati....Kadang-kadang penat juga memikirkan kehidupan yang dihadapan. Tak salah berangan, namun yang menjadikan ia salah bila terlalu di awangan sampai terlupa memijak rerumput dibumi Tuhan.

(◕‿◕)☆ ™
Terima kasih kerana sudi membaca

Tersentuh Rasa Hati

Kita Sememangnya Begitu

Seringkali kita sengaja meletakkan merah sekeping hati yang kita miliki di kedaerahan duka dan luka, kita acapkali sengaja mengundang airmata.......Kita betah harungi kepayahan yang mendatang untuk insan kecintaan, tanpa kita peduli tentang hati sendiri. Itulah kita, sedia berkorban serta dikorbankan...baik hati mahupun perasaan.

Monday 3 May 2010

Mencintai atau Memerlukan

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

"Allah tidak beri apa yang kita mahu tetapi DIA beri apa yang kita perlu" 


Cinta : Mengikut kamus dewan edisi 4; muka surat:280; perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan, flora, fauna dll...pengertiannya sgt universal.

Mencintai : Mengasihi, menaruh cinta pada 'sesuatu' dan sgt inginkan dicintai; mengharapkan, memerlukan.

Memerlukan : Menjadikan perlu, mewajibkan, menghajatkan (sangat-sangat), membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu daripada perkara yang lain.

Rumus : Mencintai hanyalah satu perasaan dimana kita hanya ingin/mahu mengasihi dan dikasihi semata-mata, kita mungkin betah untuk bersama ketika gembira-suka-bahagia sahaja,kita hanya menerima yang indah cuma darinya, hanya perlukan kemanisan dalam sesuatu perhubungan, sedangkan apabila keindahan dan kemanisan itu makin berkurangan maka kita akan berubah arah, tegar memutar kompas ke 360 darjah. Manakala Memerlukan pula, lebih kepada satu keinginan pada sesuatu yang ianya amat penting buat kita, tidak kira dalam apa jua suasana, baik atau buruk....bahagia atau berduka....'sesuatu' yang kita ingini itu akan sentiasa bersama. 'sesuatu' itu adalah lebih penting dari segalanya buat kita. Kita amat berharap agar 'sesuatu' itu ada kala gembira-sedih, bahagia-kecewa dan sebagainya....Walaupun tanpa kita mengharap akan kehadirannya, 'sesuatu’ itu tetap betah bersama dengan kita dalam apa keadaan yang kita ada. Bermakna kita menerima akannya tanpa syarat, kekurangan dan kelemahan yang ada padanya kita jadikan ia satu kelebihan....kelebihannya pula kita jadikan ia sebagai satu anugerah indah buat kehidupan.....Oleh itu, kita akan menjadi penerima yang redha akan ketentuanNYA.......Walaupun tiada sekelumit rasa mencintai, namun bukankah perasaan cinta itu boleh disemai, dibajai dan disirami lantas tumbuh ia menjadi pepohon cinta yang rendang dan lebat berbuah.....bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi adalah kunci...

Shakespears pernah berkata:
"Memburu cinta memang baik, tetapi menerima cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik"

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.