Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 30 March 2010

Katak Oh Katak

Lompat Si Katak lompat
Lompat sambil meniti titi
Apa YB dapat
Bila amanah rakyat YB khianati


Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai masuk kuali
YB memang spesis pengkhianat
Agenda peribadi YB dahului


Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai masuk lubang
YB berjuang untuk pangkat dan darjat
YB persis haiwan lidah bercabang

Lompat Si Katak lompat
Lompat sampai pokok rhu
Cakap YB penuh muslihat
Kami rakyat bukan bodoh-dungu


Lompat Si Katak lompat
Lompat sambil menari-nari
Rakyat kini tak bela pengkhianat
Tunggu pilihanraya kami adili


Lompat Si Katak 
lompat

Lompat sakan gembira hati
YB pertualang rakyat
Tunggu sahaja hisab Tuhan jatuhi


- Cuba teka siapakah YB katak??? hik3
(◕‿◕)☆ ™
Terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday 23 March 2010

CINTA ADALAH ANUGERAH

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bila hati berbicara...

- Cinta itu perlukan kesungguhan....ketulusan dan kefahaman
Cinta sesama insan sebetulnya perlu berlandaskan atas penganugerahaNYA.... Bila kita sedar bahawa cinta yang hadir dalam diri serta cinta yang kita miliki itu adalah penganugerahaan Ilahi dengan sendirinya kita akan pandai menghargai......

kita akan tahu dan sedar nikmat yang diberi..... DIA memberi kita cinta bukan untuk kita berduka lara, hadirnya cinta kepada kita adalah semata untuk berbahagia... agar kita sentiasa bersyukur atas pemberianNYA...agar kita betah bisa memberi dan menerima....Baik laki2 atau wanita sesungguhnya tiada diantaranya yang sempurna......belajar menerima kekurangan pasangan masing2 adalah kunci segala gembira....Namun, andai simpulan tali terlerai dipertengahan jalan jangan diratapi, tapi anggaplah ia sebagai ujian Ilahi sekadar untuk menguji keteguhan sekeping merah hati.

Kita tidak perlu lagi mencari+membangkit+meletak kesalahan serta kesilapan kepada kaum hawa atau kaum adam atas suratan perpisahan.....bukan juga menyalahkan takdir Tuhan, tetapi terimalah ia dengan berlapang dada, sambutlah kedukaan dengan keredhaan......itu gambaran kepada sikap tawa'duq serta ikhlas kita terhadap Maha Pencinta.

Ketidakjujuran pasangan atau berakhirnya ceritera perhubungan bukanlah PENAMAT sebuah epik kehidupan yang dipinjamkan...Dihadirkan kita difana dunia bukan semata untuk meratibkan cinta sesama kita,bukan meratap hiba pada arca cinta yang sengsara.....tetapi kewujudan kita adalah atas sifat kehambaan...semata untuk keredhaan,sebagai bekalan di hari pembalasan.

-sekian-

SEPELANGI RINDU



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Sepelangi rindu
Menjadi tamu jiwa
Pabila dirimu tiada
Untuk kita berbagi rasa
Dulu...cinta milik kita
Namun kini, darah luka mengalir darinya


Basah kenangan masih terasa
Ku dakap, Ku belai mesra
Masih ku hayati sehingga kini
Keindahan lalu diruang waktu
Tiada aku jemu...
Ku jejak cintaku
Bertaburan dijalanan duka

Letih dan pedih
Tiada hirau aku akannya
Cintaku bukan omogan dusta
Cintaku bukan mainan dunia
Cintaku putih warnanya
Anugerah dari Yang Esa


Walau tersiat luka cintaku
Kau tetap ku rindu
Biarpun nanti terbelahnya bumi
Kau tegar ku cintai
Hingga ke pintu syurgawi

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 22 March 2010

Apa Itu Cinta


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



- Cinta....Cinta & Cinta
DIA tidak beri apa yang kita mahu
tetapi...DIA beri apa yang kita perlu

Kita sering membicara tentang cinta hakiki....cinta abadi...

Namun kita lupa....kita sering leka, alpa pada cinta manusia...
Hingga kita kehilangan cinta Yang Esa.

Cinta itu indah yang nyata
Namun kita yang sering mengotorinya

Cinta itu bahagia
Namun kita yang betah mengundang sengsara

Cinta itu bermata
Kita insan yang seringkali menjadikan cinta itu buta

Cinta itu gembira
Namun lidah insan yang bercinta seringkali berdusta


Kemarau Rindu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kemarau rindu,
Menyapa taman kalbu.........
Renjiskan nur cintamu,
Saljukan jiwaku

Ingin ku sunting,
Haruman cintamu
Hiasi kamar hatiku
Tiap waktu,
Tanpa jemu...

Kan ku nyanyikan lagu cinta
Kan ku selimuti mu bahgia
Agar lena mu sentosa
Betah hidup mu diwarnai ceria


Usah hatimu meragui
Usahlah di khuatiri
Tiada daya untuk memungkiri
Segala janji ku yang terpatri

Bahagia itu kita,
Cinta milik berdua
Selamanya kan bersama...
Hingga sampai syurga



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 11 March 2010

JATUH CINTA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Jatuh Cinta...
Hati berdebar tiba-tiba
Mata bertentang mata

Jatuh Cinta...
Rindu mula menyapa jiwa
Pabila si dia tidak dimata

Jatuh Cinta...
Fikiran mula merawan
Pabila bayangannya bertandang datang

Jatuh Cinta...
Hidup mula tidak keruan
Manis senyuman sentiasa di ingatan

Jatuh Cinta...
Warna pelangi mulai menghiasi
Merah sekeping hati



Jatuh Cinta...
Jatuh Cinta...
Jatuh Cinta...

Jatuh Cinta...
Berjuta rasa nikmatnya
menumbuhi disanubari
Harapan dan mimpi
Ingin rasanya memiliki

Jatuh Cinta...
Adakah si dia turut sama
Merasai secebis rasa
Haruman debunga cinta
Yang kian berkembang kelopaknya

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.